Perompak pakai jubah kopiah ketika pecah rumah

0
4K

Empat individu warga asing termasuk seorang wanita diberkas polis selepas disyaki memecah masuk dan melarikan barangan dari sebuah rumah sekitar Kampung Ampang Indah, di sini, 24 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu lelaki tempatan yang bekerja sebagai pengurus, membuat laporan berhubung kejadian setelah kakaknya meminta melihat rumah kira-kira pukul 3.10 pagi.

“Pengadu pergi ke rumah tersebut dan mendapati ruang tamu dan bilik dalam keadaan berselerak serta mengesan beberapa barang telah hilang.

“Rumah berkenaan dipecah masuk melalui tingkap bilik belakang dan gerigi besi telah dipecah serta dicabut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat diterima, pihaknya berjaya menahan empat individu warga asing termasuk seorang wanita berusia 23 hingga 35 tahun sekitar Kampung Tasek Permai, di sini, pada Ahad lalu.

“Kita membuat rampasan dua telefon bimbit, satu komputer riba, satu tablet, empat utas jam tangan, satu tali jam tangan dan beberapa pakaian bagi membantu siasatan.

“Modus operandi suspek menyasarkan perumahan teres tidak berpenghuni ketika melakukan pecah rumah,” jelasnya.

Sehubungan itu, kesemua suspek dapati positif dadah jenis metamfetamin dan amfetamin manakala suspek pertama mempunyai satu rekod jenayah narkotik.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Ahad depan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan pecah rumah,” katanya.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
World News
Chris sails twitter video exposed
In the ever-evolving world of social media, controversies are never far away, especially when it...
By Leena Jhon 2024-11-22 11:53:46 0 212
Infomation
Sosej Bukanlah Daging Sebenar, Punca Penyakit Kronik
KUALA LUMPUR – Kesibukan menguruskan kehidupan seharian mendorong ramai golongan ibu bapa...
By Gakeps Official 2024-09-28 13:32:53 0 1K
World News
Syarikat Bagi Ganjaran Wang Untuk Staf Bujang Bercinta
Beijing: Sebuah syarikat di selatan China memperkenalkan insentif tunai sebagai galakan untuk...
By Iklan viral 2024-11-22 13:07:46 0 141
Opinion
Kita Kena Perangi GISBH habis-habisan – Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa supaya kegiatan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...
By Gakeps Official 2024-10-09 13:30:09 0 1K
World News
Ketua Kampung Curi Dana Penduduk sebanyak RM304k Untuk Sara 4 Isteri Dan 20 Anak
Seharusnya ketua kampung lebih bertanggungjawab dalam menaik taraf kemudahan di tempat mereka dan...
By Iklan viral 2024-11-06 14:17:00 0 2K