ini yang anda perlu tahu, Manfaat Daun durian belanda mengurangkan risiko penyakit barah

0
135

Pokok durian belanda merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari benua Amerika Selatan

Dan dipercayai dibawa masuk ke Malaysia pada zaman penjajahan Barat.

Memiliki kulit yang berduri lembut, tumbuhan ini juga dikatakan mampu memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan manusia terutamanya dari aspek kesihatan.

Berdasarkan satu hantaran tular oleh pemilik akaun Facebook bernama Leha Yusuf,

Terdapat lebih kurang tujuh khasiat yang terkandung di dalam daun Durian Belanda.

“Buah durian belanda memang sedap rasanya, masam-masam manis gitu. Buah pun banyak khasiat juga. Tetapi manfaat daripada daun ini baru sahaja Kak Ya ketahui.

“Meh baca tujuh khasiat dan petua guna daun durian belanda. Bolehlah cuba minum kepada sesiapa yang ada masalah. Tetapi ubat doktor jangan tinggal ya,” tulisnya.

  1. Mengurangkan risiko penyakit barah atau kanser

Petik kira-kira 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.

Kemudian, rebus daun tersebut dengan tiga gelas air yang bersih.

Tunggu sehingga rebusan daun mendidih sehingga menjadi segelas air sahaja.

Minum air rebusan daun ini sebanyak dua kali sehari dalam tempoh dua minggu atau sehingga penyakit kanser yang menjangkiti pesakit semakin sembuh.

2. Melegakan sakit pinggang

Petik 20 helai daun durian belanda sebelum direbus dengan lima gelas sukatan air.

Biarkan air rebusan sehingga mendidih dan tinggal dalam tiga gelas sahaja.

Kemudian, air rebusan boleh diminum sekali sehari dalam kuantiti tiga per empat gelas.

Amalkan sehingga sakit pinggang anda merasa lega atau sembuh.
3. Bantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Petik lima helai daun durian belanda sebelum direbus di dalam empat gelas air.
Biarkan mendidih sehingga air rebusan kering di dalam kuantiti segelas sahaja.
Air rebusan daun ini boleh diamalkan dengan meminumnya sekali dalam sehari untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan atau imunisasi.
4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes atau kencing manis

Petik sebanyak 20 helai daun durian belanda sebelum direbus dalam sukatan empat gelas air.

Masak sehingga air rebusan mendidih dan biarkan ia kering dalam sukatan segelas.

Minum air rebusan daun durian belanda ini sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil.

5. Bantu menurunkan tekanan darah tinggi

Darah tinggi atau hipertensi boleh menjadi salah satu punca penyakit strok di mana ia diakibatkan oleh aliran darah ke dalam otak yang terganggu atau berkurangan.

Jika anda menghidap tanda-tanda penyakit itu, segeralah minum air rebusan daun durian belanda kerana dijangkakan boleh membantu menstabilkan tekanan darah.

6. Melegakan sembelit atau buasir

Petik 10 helai daun durian belanda tua dan rebuskannya di dalam tiga gelas air.

Didihkan air rebusan daun sehingga tinggal menjadi segelas sahaja.

Tunggu air rebusan suam sebelum diamalkan meminumnya sekali sehari sehingga penyakit buasir lega atau sembuh.

7. Mengurangkan risiko sakir urat atau saraf

Petik 10 helai daun durian belanda yang sudah tua tetapi pastikan warnanya masih hijau pekat dan sihat.

Cuci bersih sebelum merebus daun tersebut dengan sukatan dua gelas air.

Masak sehingga air rebusan mendidih dan biarkan ia kering menjadi segelas.

Air rebusan boleh diminum dua kali sehari iaitu pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sepenuhnya.

Zoeken
Categorieën
Read More
Religion
Cinta tak kesampaian, wanita sarawak mohon keluar Islam
Seorang wanita Sarawak merayu untuk meninggalkan Islam dan kembali ke agama Kristian selepas...
By Iklan viral 2024-10-08 05:49:58 0 1K
Crime
Suspek Warga Asing Kes Bunuh Di Keningau Diburu Polis
KENINGAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai...
By Iklan viral 2024-09-21 22:48:36 0 2K
World News
Telegram Tidak Selamat? Pengasas Telegram ditahan di Perancis
KUALA LUMPUR - Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis pada petang...
By Omiyou Network 2024-08-25 21:24:29 0 3K
Opinion
Wanita 23 Tahun Kahwini Lelaki 80 Tahun
Kisah cinta antara seorang wanita berusia 23 tahun dengan seorang lelaki warga emas berusia 80...
By Omiyou Network 2024-06-18 21:09:59 0 4K
Entertaiment
Netizen Dakwa Menantu Jokowi Ketiak Busuk, Selepas Tular Gambar Bersama Budak Tutup Hidung Bersamanya
Pada ketika ini, rakyat Indonesia sedang melakukan protes secara besar-besaran terhadap kerajaan...
By Gakeps Official 2024-08-26 13:26:36 0 3K