Ekonomi kita terjejas jika putuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel

0
4Кб

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata di sebalik tindakannya memutuskan semua hubungan dengan syarikat milik Israel di negara itu, ekonomi Malaysia akan terjejas jika perkara sama dilakukan ke atas semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.

Menurutnya, ini khususnya jika membabitkan syarikat-syarikat berkaitan Israel yang beroperasi, di luar daripada negara itu.

“Baik, bagaimana syarikat (asing) yang ada operasi (ibu pejabat) di Amerika Syarikat (AS), Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel.

“Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan (hubungan itu) kerana ini akan menjejaskan ekonomi negara,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Petaling Jaya hari ini. 

Anwar berkata demikian ketika mengulas bidasan terhadap penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih oleh Blackrock yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang didakwa membiayai pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Umat Islam khususnya rakyat Malaysia berpakat la. Kita dari segi kerajaan dan saya sendiri buat pendirian maksimum depan kuasa besar, jumpa pemimpin Hamas. Kita dah buat sedaya upaya kita.

“Saya percaya sebahagian yang menentang ada hujahnya dan ikhlas, tapi sebahagiannya nak tunggang politik. Jangan guna isu ini kerana isu ini harus persatukan kita,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Petaling Jaya hari ini.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rundingan dengan GIP harus dilakukan terlebih dahulu.

“Kita runding dulu dengan GIP. Akhir tahun lalu, Blackrock ambil alih (GIP). Syarikat yang ada kepentingan Blackrock ada beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara dan di pasaran saham,” katanya.

Anwar menjelaskan, kerajaan tidak mahu bertindak ke atas mana-mana syarikat asing yang didakwa mempunyai kaitan sokongannya dengan Israel, kerana ini juga dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi negara.

"Sementara kita keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza, kita sedia berdepan dengan siapa saja.

"Tapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara. Kalau syarikat itu syarikat dari Israel saya tetap tegas (tak benarkan operasi di Malaysia). Itu yang saya nak jelaskan," katanya.

Perdana Menteri berkata dia terbuka dengan kritikan pembangkang berhubung isu syarikat asing itu, namun pada masa sama mereka harus bersama kerajaan dalam mencari penyelesaian terhadap konflik di Gaza.

“Boleh tegur dan kritik saya, tiada masalah tapi jangan  nak tunjuk siapa lebih pahlawan. 

“Padahal siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini (Malaysia) dulu?

“Kapal mana yang dibenarkan masuk oleh mantan PM pada 2002, diteruskan oleh semua kerajaan, semua pemimpin, termasuk mantan mantan menteri yang dok bising sekarang?” soalnya.

Sebaliknya, Anwar berkata, dia yang membuat keputusan membatalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang beroperasi dari negara itu.

"Di PRK(Pilihan Raya Kecil) Sungai Bakap bolehlah lawan, tetapi dalam soal Gaza ini, umat Islam di Malaysia bersatulah.

“Orang mati. Sakit dan kita cari jalan untuk menyelamatkan. Kalau nak apa yang disebut skor political point ini bukan tempatnya," katanya.

Поиск
Категории
Больше
Crime
Dadah Dijual Seperti Pisang Goreng Di Sabah adalah Kenyataan Keterlaluan – Polis
KOTA KINABALU : Polis Sabah menganggap kenyataan bahawa dadah dijual seperti pisang goreng...
От Gakeps Official 2024-07-09 13:11:23 0 4Кб
Local News
ambil tindakan tegas terhadap pencuri air – Hajiji
KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) perlu menggunakan undang-undang bawah bidang...
От Omiyou Network 2024-06-19 13:25:54 0 4Кб
Crime
Minta rasuah berjumlah RM12,000 tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
PETALING JAYA: Pegawai penguat kuasa dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana...
От Gakeps Official 2024-08-14 02:27:31 0 3Кб
Opinion
Budak sekolah tawar khidmat ‘BJ’, sekali servis RM10 kat sini tempatnya
Anak-anak adalah pelapis masa depan negara. Mereka bakal menerajui negara sebagai pemimpin...
От Iklan viral 2024-08-27 00:49:54 0 3Кб
Opinion
Three doctors, 30 others remanded for falsifying Perkeso socso laims
GEORGE TOWN: Three doctors in Penang and 30 other suspects arrested for allegedly making false...
От Iklan viral 2024-09-06 12:56:12 0 2Кб