Jika Pekerja 'Tidak Gembira' Tidak Perlu Datang Bekerja, Boleh Ambil Cuti

0
3KB

Seorang peniaga runcit dari China telah memperkenalkan konsep baru yang dipanggil “cuti tidak gembira” untuk membantu pekerja mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik.

Di bawah skim baru ini, pekerja boleh mengambil cuti jika mereka tidak berasa gembira, dan cuti ini tidak boleh dinafikan oleh pihak pengurusan.

Yu Donglai, pengasas dan pengerusi rangkaian runcit Pang Dong Lai di wilayah Henan, China, mengumumkan bahawa pekerja kini layak memohon tambahan 10 hari cuti ini mengikut keselesaan mereka.

Menurut laporan dari South China Morning Post, Yu berkata, “Saya mahu setiap kakitangan mempunyai kebebasan. Setiap orang ada masa mereka tidak gembira, jadi jika anda tidak gembira, jangan datang bekerja," kata Yu menerusi South China Morning Post, lapor Business Today.

Yu juga menyatakan bahawa beliau mahu pekerjanya menentukan sendiri masa rehat mereka dan mempunyai masa yang cukup untuk berehat di luar waktu kerja.

Tambahnya lagi, cuti tidak gembira ini tidak boleh dinafikan oleh pihak pengurusan.

Skim cuti baru ini telah menarik perhatian di media sosial, di mana ramai pengguna menyokong konsep “cuti tidak gembira” ini.

Ramai yang memuji Yu sebagai “bos yang baik” dan mencadangkan bahawa budaya cuti ini patut dipromosikan di seluruh negara.

Ada juga yang berfikir untuk beralih ke syarikat Yu untuk menjaga keseimbangan kerja dan kehidupan mereka.

Menurut satu tinjauan mengenai kebimbangan di tempat kerja di China, lebih 65 peratus daripada golongan pekerja berasa letih atau tidak gembira di tempat kerja.

Antara sebab utama adalah gaji yang rendah, hubungan interpersonal yang rumit dan pengagungan budaya kerja lebih masa.

Dalam satu ucapan tahun lalu, Yu menyatakan bahawa budaya kerja lebih masa di mana bos menggalakkan waktu bekerja yang panjang sebagai amalan “tidak beretika”.

Sebagai sebahagian daripada polisi pekerjaan Yu, pekerja hanya perlu bekerja tujuh jam sehari, lima hari seminggu dan akan mempunyai hujung minggu mereka.

Selain itu, mereka juga berhak mendapat 30 hingga 40 hari cuti tahunan dan lima hari cuti semasa Tahun Baru Cina.

Search
Nach Verein filtern
Read More
Opinion
Bapa dan anak lelaki OKU ditemui mati dalam rumah
MUAR: Misteri rumah bergelap selain sunyi sepi membongkarkan penemuan mayat dua beranak yang...
Von Gakeps Official 2024-08-24 22:38:02 0 3KB
Crime
Polis bantuan raba pelajar UiTM
“Suspek letakkan tangan saya pada kemaluannya sehingga berair barulah dia lepaskan tangan...
Von Gakeps Official 2024-09-03 02:52:33 0 3KB
Politik
HalaTuju SMJ Nampak Hasil Positif Dan Berada Di Landasan Tepat
KOTA KINABALU: Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini...
Von Gakeps Official 2024-10-07 05:41:08 0 929
Crime
Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah
TAWAU: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar dadah ditahan bersama 26 paket syabu di sebuah...
Von Iklan viral 2024-10-10 15:00:34 0 1KB
Local News
Wanita Meninggal Dunia Ketika Turun dari Gunung Kinabalu
RANAU: Seorang pendaki wanita meninggal dunia ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu,...
Von Iklan viral 2024-08-29 22:45:30 0 3KB