Rupanya inilah kelebihan RM1 yang ada tanda tangan ‘Aishah’

0
3Кб

Ramai pengumpul wang atau numismatik sedang mencari wang kertas RM1 yang bertandatangan “Aisyah” atau Tan Sri Ali Abul Hassan.

Keunikan duit RM1 Aisyah ini menjadikannya buruan utama dalam kalangan kolektor wang lama,

Dan ia boleh mencecah harga melebihi RM1000.00 kerana keunikan serta kisah di sebaliknya.

Menurut sumber yang diperoleh, terdapat kesilapan dalam pengedaran wang kertas ini kepada umum.

Kesilapan ini berlaku semasa tempoh peralihan Gabenor Bank Negara dari Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Tan Sri Zeti Aziz.

Rupanya ini kelebihan RM1 yang ada tanda tangan 'Aishah'

Wang RM1 Aisyah ini ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan dan diedarkan semasa Tan Sri Zeti Aziz menjadi Gabenor.

Kesilapan edaran ini hanya berlaku di Bank Negara Pulau Pinang dan tidak di cawangan Bank Negara yang lain kerana cawangan ini sempat menerima arahan untuk membatalkan pengedarannya.

Semua wang RM1 yang ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan diarahkan untuk ditarik balik dan dimusnahkan serta diganti dengan prefix Replacement ZB. Hanya wang RM1 Aisyah yang mempunyai siri prefix berikut terlepas edaran:

CR 720 0001 – CR 720 9999 [prefix permulaan]
CR 721 0001 – CR 721 9999
CR 722 0001 – CR 722 9999
CR 723 0001 – CR 723 9999
CR 724 0001 – CR 724 9999 [prefix terakhir]

Jumlah wang RM1 Aisyah yang terlepas edaran kepada umum adalah sekitar 50,000 keping, bermula dari prefix CR720 hingga CR724.

Ini bermakna prefix CR720 adalah prefix pertama dan CR724 adalah prefix terakhir untuk wang Aisyah yang masih ada.

Bagi peminat dan pengumpul wang lama (numismatik), memiliki sekeping atau lebih dari RM1 bertandatangan “Aisyah” @ Tan Sri Ali Abul Hassan adalah satu kebanggaan.

Fakta penting adalah wang kertas ini hanya dikeluarkan sebanyak 50,000 keping sahaja. Oleh itu, mencari dan memilikinya bukanlah perkara yang mudah.

Поиск
Категории
Больше
Local News
DBKK Tingkatkan Pemeriksaan Dan Pemantauan Premis Makanan
KOTA KINABALU: Sejumlah 245 kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan)...
От sabah post 2024-07-10 21:02:21 0 3Кб
World News
Viral: Chris sails twitter video exposed
Chris Sails is back in the social media spotlight, but unfortunately, it’s not for a...
От Rita Sain 2024-11-23 07:54:04 0 14
Local News
31 Ogos kini Diisytihar Hari Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha...
От Gakeps Official 2024-07-06 13:04:23 0 4Кб
Sports
Kolkata Fatafat 2024: How the Event Is Revolutionizing Local Culture
Kolkata FF is a popular game that many people in Kolkata enjoy playing. It's a type of lottery...
От Kolkata Fatafat 2024-09-08 15:53:34 0 2Кб
Infomation
Apakah Tuhan tahu saya sedang tersiksa? – Isi diari doktor pelatih ‘inject’ diri sendiri terdedah
Berita mengenai pemergian duka doktor pelatih bernama Aulia Risma Lestari, 30, benar-benar...
От Gakeps Official 2024-08-19 15:37:43 0 3Кб