ESSCOM Tahan 17 PTI dan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM161,000 Di Sandakan
SANDAKAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya menahan seramai 17 pendatang tanpa izin (PTI) dan merampas rokok seludup bernilai lebih RM161,000 menerusi operasi bersepadu di sekitar daerah ini.
Operasi yang diadakan bersama pasukan penguatkuasa lain selama dua hari bermula 22 Ogos lepas itu mensasarkan sebanyak 523 rumah di empat kawasan sekitar koloni setinggan haram dan bandar Sandakan.
Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, tujuan operasi itu adalah untuk mengesan kehadiran PTI yang boleh mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat.
Katanya, hasil operasi itu, 17 orang daripada 876 individu yang diperiksa ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
“Pihak Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga merampas pelbagai rokok tanpa cukai dengan nilai rampasan berjumlah RM161,882.16.
“Selain itu, operasi memotong sambungan bekalan paip air dan elektrik secara haram turut dijalankan sekitar lokasi-lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.
Menurutnya, kejayaah operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui Operasi SANGGAH ESSCOM.
“Ia juga dapat memperkasa operasi-operasi sedia ada bersama penguatkuasa lain selaras dengan hasrat ESSCOM iaitu ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’.
“Operasi ini juga bagi memastikan ancaman pencerobohan anasir asing dapat dikekang serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di pantai timur Sabah,” katanya.
Victor berkata, pihaknya akan terus mempergiat operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan.
“Sehubungan itu, masyarakat diminta supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072,” katanya.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Spellen
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Other
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Onderwijs
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- voorbeeld
- Vps Forex