Bapa Terlanjur Dengan Anak, ingin Ceraikan Isteri Kerana Mahu Kahwin Dengan Anak Sendiri

0
3KB

Bapa terlanjur dengan anak, mahu ceraikan isteri kerana mahu kahwin dengan anak sendiri.

Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung, terutama bagi anak perempuan. Bagi seorang anak perempuan, bapa adalah satu-satunya lelaki yang boleh dipercayai dan menjadi pembela mereka.

Baru-baru ini, seorang peguam syariah, Fatihah Azzahra, berkongsi kisah benar di mana seorang bapa berusia 40-an telah melakukan perbuatan terkutuk sehingga menghamilkan anak perempuannya sendiri yang berusia 20-an. Bapa tersebut mendakwa perbuatan itu berlaku atas dasar suka sama suka.

Lebih mengejutkan lagi, apabila perkara ini diketahui oleh isteri yang juga ibu kandung kepada anak tersebut, si ibu sanggup berkorban dengan meminta diceraikan agar suaminya boleh berkahwin dengan anak mereka.

‘Pengorbanan’ si ibu ini adalah untuk memastikan bayi yang dikandung anaknya dapat berbin atau berbintikan bapanya, yang juga bekas suami si ibu. Akhirnya, bapa dan anak perempuan tersebut berkahwin menggunakan khidmat sindiket perkahwinan yang dijalankan oleh warga asing.

Bapa kandung itu telah menghamilkan anak perempuannya. Kes ini kononnya atas dasar suka sama suka, melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan peguam syariah.

(Ibu dan bapa berusia 40-an, manakala anak perempuan berusia 20-an).

Ibu kandung berkata tidak mengapa, biarlah mereka berkahwin supaya bayi dalam kandungan dapat bernasab dengan bapanya. Lalu, ibu dan bapa tersebut bercerai sebagai ‘pengorbanan’ untuk anak perempuan mereka.

Kemudian, bapa tersebut menikahi anak perempuannya menggunakan khidmat sindiket perkahwinan yang dijalankan oleh warga asing di Malaysia.

Apabila bayi lahir, urusan pendaftaran kelahiran hendak diuruskan, namun JPN tidak meluluskan permohonan untuk berbin atau berbintikan bapanya. Mereka diminta merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan nasab anak tersebut.

Soalan yang menyedihkan, “Kenapa pula anak saya (bayi) tidak boleh daftar kelahiran guna nama suami (ayah kandung) sedangkan kami sudah berkahwin?”

Namun, apabila urusan pendaftaran kelahiran anak dilakukan, JPN tidak meluluskan untuk berbin atau berbintikan kepada bapanya kerana perlu merujuk kepada mahkamah bagi menentukan nasab bayi berkenaan.

Peguam tersebut turut berkongsi bahawa apa yang lebih menyedihkan adalah apabila anak perempuan tersebut mempersoalkan mengapa anaknya tidak boleh menggunakan nama suaminya (bapa kandung) sedangkan mereka sudah berkahwin.

Keadaan dunia semakin membimbangkan.

Sepatutnya, pandangan kita terhadap darah daging sendiri bukanlah pandangan yang dipengaruhi nafsu. Sentuhan pun seharusnya dijauhi, malah wajib bagi kita melindungi dan menasihati mereka.

Bayangkan, pengetahuan agama yang paling asas, iaitu pengharaman menikahi bapa, ibu, atau anak kandung sendiri, gagal dikuasai oleh segelintir masyarakat kita pada hari ini.

Sudah jadi begini, kita hendak salahkan siapa? Salahkah bapa kandung kerana gagal membimbing keluarga atau ibu kandung kerana tidak mendidik anak-anak? Bukankah perkahwinan itu tanggungjawab bersama?

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Surah Al-Kahfi : 46)

Kami berpandangan, kes seperti ini wujud kerana fahaman bahawa pernikahan boleh memberikan nasab kepada anak tersebut. Fahaman ini perlu segera diubah. Wallahu’alam.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan kisah yang dikongsikan serta mempersoalkan ibu bapa yang seolah-olah tidak peduli dengan hukum agama sedangkan pengetahuan asas ini seharusnya dipelajari oleh semua.

Ramai juga yang bimbang dengan keadaan dunia sekarang yang semakin membimbangkan apabila perkara halal haram ditolak, sedangkan ibu bapa sepatutnya menjadi pendidik anak-anak.

Bapa terlanjur dengan anak, mahu ceraikan isteri kerana mahu kahwin dengan anak sendiri

Rechercher
Catégories
Lire la suite
Opinion
Kita Kena Perangi GISBH habis-habisan – Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa supaya kegiatan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...
Par Gakeps Official 2024-10-09 13:30:09 0 1KB
Artist
Lafaz cerai taklik -Syamsul, Ira Kazar tiba di mahkamah
KUALA SELANGOR – Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof melahirkan rasa rindu terhadap...
Par Omiyou Network 2024-09-05 03:36:24 0 2KB
World News
Takut masuk neraka, arwah minta masukkan duit dalam kubur nak ‘sogok’ alam sana
Setiap yang hidup, pasti akan merasa kematian. Hanya menunggu giliran sahaja. Biasanya, seseorang...
Par Gakeps Official 2024-07-08 15:24:19 0 4KB
World News
Doktor lelaki mengendap doktor wanita mandi digantung tugas
SINGAPURA 19 Jun 2024 – Seorang doktor muda yang cuba merakam rakan sekerja wanitanya mandi...
Par Gakeps Official 2024-06-22 23:33:35 0 4KB
Local News
'Wajibkan sijil halal akan buat beban peniaga, malukan negara - Teresa Kok
Cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol...
Par Gakeps Official 2024-09-07 11:40:32 0 2KB