Scammer pelaburan paling suka guna aplikasi Telegram cari mangsa

0
2كيلو بايت

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan Telegram menjadi medium yang paling tinggi digunakan dalam penipuan pelaburan dengan catatan sebanyak 1,346 kes bagi tempoh lapan bulan terkini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ia diikuti dengan Facebook dan Whatsapp, masing-masing mencatatkan sebanyak 948 dan 873 kes.

Rekod berkenaan katanya, antara 16 medium yang dikesan pihak polis sejak 1 Januari hingga 31 Ogos lalu melibatkan keseluruhan sebanyak 3,863 kes penipuan pelaburan dengan jumlah kerugian kira-kira RM483.9 bilion.

“Ia diikuti dengan Instagram (146), bersemuka (96), aplikasi temujanji sosial (61) serta lain-lain (393) termasuk WeChat, laman web dan sebagainya.

“Dapatan analisis mendapati kaum wanita menjadi mangsa yang paling banyak ditipu iaitu 2,124 kes dengan kerugian RM315.3 bilion, manakala lelaki dengan 1,740 kes bersamaan RM170 bilion kerugian,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK, di sini hari ini.

Tegas beliau, jumlah kerugian melibatkan penipuan pelaburan dalam talian berkenaan adalah membimbangkan.

Katanya, ia susulan satu laporan polis 4 September lalu oleh seorang lelaki berusia 49 tahun yang mendakwa telah ditipu sebanyak RM4.6 juta oleh sindiket penipuan pelaburan.

“Menurut pengadu yang juga merupakan seorang pengarah syarikat, dia telah ditawar menyertai pelaburan modal perniagaan di sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat pada 7 Disember 2022.

“Pengadu dijanjikan pulangan sebanyak USD2.9 juta (RM12.54 juta) dalam tempoh setahun sekiranya membuat pelaburan sebanyak USD1 juta (RM4.32 juta).

“Pengadu turut diyakinkan bahawa syarikat tersebut mempunyai wang jaminan berjumlah USD5 juta (RM21.63 juta) sekiranya mengalami sebarang kerugian dalam pelaburan tersebut,” ujarnya.

Menurut Ramli, pengadu terpedaya dengan tawaran yang diberikan dan bertindak memindahkan wang sebanyak USD1 juta (RM4.32 juta) daripada akaun syarikat miliknya ke akaun sebuah syarikat di luar negara.

Bagaimanapun, tambahnya, sehingga kini pengadu tidak menerima sebarang pulangan sebagaimana yang dijanjikan oleh suspek dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mencadangkan agar pengendali aplikasi-aplikasi sebegini diberikan kebertanggungjawaban terhadap kandungan yang dimuat naik ke aplikasi milik mereka.

“Ia malah telah pun dilaksanakan di luar negara apabila Ketua Pegawai Eksekutif Telegram dituduh oleh Mahkamah di Perancis kerana membenarkan aktiviti jenayah dilakukan melalui aplikasi tersebut.

“Mungkin telah tiba masanya untuk kita praktikkan pendekatan yang sama kerana kebanjiran pelbagai kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya telah menjadi satu ancaman yang membahayakan kepada masyarakat. – KOSMO! ONLINE

البحث
الأقسام
إقرأ المزيد
Local News
Undang-undang jenayah cyber perlu diperbaharui segera – Masiung
KOTA KINABALU: Undang-undang sedia ada berkaitan jenayah siber umpama ‘besi buruk’...
بواسطة Gakeps Official 2024-06-20 07:30:08 0 4كيلو بايت
Infomation
lebih 60 tahun meniaga sate tak pernah basuh periuk, pemilik dakwa itu adalah resepi rahsia sate sentiasa sedap
Gara-gara tidak membersihkan balang sos sejak lebih setengah abad, sebuah restoran popular di...
بواسطة Iklan viral 2024-09-02 05:58:10 0 2كيلو بايت
Sports
johan ghazali tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama
JAGUH Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama...
بواسطة Gakeps Official 2024-09-07 11:23:21 0 2كيلو بايت
World News
Pengetua Sekolah Maut Saat Menanam ‘Benih Padi’ Dengan Guru Wanita
Seorang pengetua sekolah meninggal dunia ketika bersama seorang guru wanita di sebuah bilik...
بواسطة Omiyou Network 2024-08-25 10:21:38 0 3كيلو بايت
World News
Guru wanita ditangkap khalwat dengan rakan sekerja dalam kereta
Seorang suami menangkap isterinya yang bertugas sebagai guru di dalam sebuah kenderaan ketika dia...
بواسطة Iklan viral 2024-09-21 05:20:14 0 2كيلو بايت