SESB Kini Perkenalkan Meter Pintar
KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memperkenalkan penggunaan teknologi baharu dalam usaha berterusan untuk menaiktaraf serta menambah baik kualiti perkhidmatan bekalan elektrik kepada pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Yaakob Jaafar berkata SESB melaksanakan penggunaan meter pintar (Smart Meter) yang akan mendorong pengguna menggunakan elektrik dengan lebih efisien dan jimat tenaga.
Menurut beliau pengguna akan dapat merancang jumlah atau had penggunaan elektrik bulanan dan akan menerima notifikasi apabila jumlah bil sasaran bulanan telah mencapai had yang ditetapkan.
Beliau berkata ciri-ciri baharu ini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan usaha SESB mendukung dan merealisasikan hasrat kerajaan memberi manfaat kepada kepada rakyat dengan memperkasakan bidang ekonomi digital.
Projek Meter Pintar ini akan dilaksanakan secara berperingkat di mana pemasangan Fasa 1 sebanyak 6,497 unit akan melibatkan pengguna daripada Kategori Pengguna Kuasa Tinggi (Large Power Consumer) dan pemegang akaun Feed-in-Tariff (FiT).
“Sebanyak 60 unit akan dipasang dalam tempoh dua bulan fasa percubaan ini mensasarkan pengguna yang telah dipilih untuk memastikan sistem dan operasi pengebilan lancar. Manakala baki 6,437 unit akan dilaksanakan sebaik sahaja fasa percubaan mencapai objektif pelaksanaan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau menjelaskan Fasa 2 projek ini akan dilaksanakan pada 2025 dan mensasarkan pengguna domestik di Bandaraya Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan selari dengan tema KK Smart City & WP Labuan Smart Island.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Jocuri
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Alte
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Educaţie
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- previzualizare
- Vps Forex