‘Tikus-tikus’ dalam Jabatan Imigresen perlu dihapuskan segera

0
2KB

Jabatan Imigresen Malaysia bakal melakukan rombakan tugas dengan melaksanakan pusingan kerja bagi pegawai-pegawai yang sudah lama berada di lokasi sama.

Tindakan tersebut susulan pembongkaran sindiket membawa masuk warga asing secara ‘counter setting’ yang sedang disiasat secara agresif oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen baharu, Zakaria Shaaban, berkata kes ‘counter setting’ yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini cukup mencalar imej Jabatan Imigresen.

Oleh itu, pihaknya sedang meneliti semula segala bentuk usaha bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) jabatan tersebut.

“Saya menggesa agar tindakan segera diambil untuk menyemak secara menyeluruh penambahbaikan ke atas semua SOP yang ada. Kami akan teruskan dengan pusingan kerja,” katanya katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Jabatan Imigresen.

Zakaria yang baharu dilantik menerajui JIM berkata, berdasarkan maklum balas daripada pegawai-pegawainua, ada yang sudah 10 tahun menunggu untuk ditukar.

“Oleh itu, kita perlu mencari cara supaya pegawai yang sudah bertahun-tahun di sesuatu tempat dapat ditugaskan di lokasi lain,” ujar beliau.

Menurut Zakaria, setiap peringkat dalam jabatan perlu lebih bertanggungjawab dalam memantau pematuhan SOP sedia ada dan yang baharu.

Pada awal bulan lalu, SPRM telah membongkar kegiatan sindiket yang membawa masuk warga asing, termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, dan Nepal, melalui pintu masuk negara dengan menggunakan modus operandi ‘counter setting’

Sehubungan itu, beliau menyeru semua kakitangan dan pegawai jabatan tersebut agar memberikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan perubahan bersama-sama.

“Saya tidak mampu bergerak berseorangan dan tidak dapat melaksanakan semua agenda secara sendirian… Saya memerlukan komitmen daripada setiap pegawai, dari peringkat paling bawah hingga ke pengurusan atasan,” tegas Zakaria.

Tambahnya, beliau tidak sama sekali akan berkompromi dengan mana-mana petugas JIM yang melanggar peraturan dan tindakan tegas sudah pasti akan diambil.

“Langkah ini supaya tidak ada tikus-tikus dalam Jabatan Imigresen ini,” katanya.

Search
Nach Verein filtern
Read More
Crime
Akhirnya tumpas warga asing pembekal haram minyak paket
Seorang lelaki warga Bangladesh yang diburu pihak berkuasa kerana dipercayai menjadi ejen...
Von Iklan viral 2024-11-08 07:02:10 0 2KB
Finance
SPRM bekukan 11 akaun bernilai RM1.1 Juta, sita 11 beg tangan mewah milik Pengasas FashionValet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan beberapa akaun bank...
Von Gakeps Official 2024-11-07 06:24:57 0 1KB
Literature
Chagee Malaysia steeps in scandal: Apologises after TikToker exposes alleged contest rigging
KUALA LUMPUR, Nov 20 — A popular, local tea chain Chagee has issued an apology after a...
Von Gakeps Official 2024-11-21 15:16:28 0 305
Local News
Bapa dan Anak Perempuan Hilang Di Air Terjun Hobbiton Kokol Ditemui Selamat
KOTA KINABALU, SABAH – Seorang bapa dan anak perempuannya ditemui selamat selepas hilang...
Von Gakeps Official 2024-09-20 12:28:58 0 2KB
Crime
Seorang pegawai dan tiga anggota polis didakwa berparti ditukar serta-merta
SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan serta tiga anggota polis ditukarkan serta-merta dipercayai...
Von Gakeps Official 2024-10-08 02:19:30 0 914