‘Tikus-tikus’ dalam Jabatan Imigresen perlu dihapuskan segera

0
2K

Jabatan Imigresen Malaysia bakal melakukan rombakan tugas dengan melaksanakan pusingan kerja bagi pegawai-pegawai yang sudah lama berada di lokasi sama.

Tindakan tersebut susulan pembongkaran sindiket membawa masuk warga asing secara ‘counter setting’ yang sedang disiasat secara agresif oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen baharu, Zakaria Shaaban, berkata kes ‘counter setting’ yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini cukup mencalar imej Jabatan Imigresen.

Oleh itu, pihaknya sedang meneliti semula segala bentuk usaha bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) jabatan tersebut.

“Saya menggesa agar tindakan segera diambil untuk menyemak secara menyeluruh penambahbaikan ke atas semua SOP yang ada. Kami akan teruskan dengan pusingan kerja,” katanya katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Pengarah Jabatan Imigresen.

Zakaria yang baharu dilantik menerajui JIM berkata, berdasarkan maklum balas daripada pegawai-pegawainua, ada yang sudah 10 tahun menunggu untuk ditukar.

“Oleh itu, kita perlu mencari cara supaya pegawai yang sudah bertahun-tahun di sesuatu tempat dapat ditugaskan di lokasi lain,” ujar beliau.

Menurut Zakaria, setiap peringkat dalam jabatan perlu lebih bertanggungjawab dalam memantau pematuhan SOP sedia ada dan yang baharu.

Pada awal bulan lalu, SPRM telah membongkar kegiatan sindiket yang membawa masuk warga asing, termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, dan Nepal, melalui pintu masuk negara dengan menggunakan modus operandi ‘counter setting’

Sehubungan itu, beliau menyeru semua kakitangan dan pegawai jabatan tersebut agar memberikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan perubahan bersama-sama.

“Saya tidak mampu bergerak berseorangan dan tidak dapat melaksanakan semua agenda secara sendirian… Saya memerlukan komitmen daripada setiap pegawai, dari peringkat paling bawah hingga ke pengurusan atasan,” tegas Zakaria.

Tambahnya, beliau tidak sama sekali akan berkompromi dengan mana-mana petugas JIM yang melanggar peraturan dan tindakan tegas sudah pasti akan diambil.

“Langkah ini supaya tidak ada tikus-tikus dalam Jabatan Imigresen ini,” katanya.

Buscar
Categorías
Read More
Bussines News
India Batalkan Pesanan 50,000 Tan Minyak Kelapa Sawit Dari Malaysia
KUALA LUMPUR – India membatal pesanan 50,000 tan minyak kelapa sawit Malaysia pada Isnin...
By Gakeps Official 2024-09-26 00:43:12 0 1K
Local News
31 Ogos kini Diisytihar Hari Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha...
By Gakeps Official 2024-07-06 13:04:23 0 4K
Opinion
Budak sekolah tawar khidmat ‘BJ’, sekali servis RM10 kat sini tempatnya
Anak-anak adalah pelapis masa depan negara. Mereka bakal menerajui negara sebagai pemimpin...
By Iklan viral 2024-08-27 00:49:54 0 3K
Crime
Enam Individu Ditahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Dirampas Dalam Operasi JRS ESSCOM
TAWAU: Enam individu berumur antara 40 hingga 47 tahun ditahan manakala sejumlah  RM1.4 juta...
By Gakeps Official 2024-10-14 01:19:29 0 955
Crime
Kastam Sabah Merampas Lebih 20 Kilogram Dadah
KOTA KINABALU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 20.29 kilogram dadah jenis...
By Gakeps Official 2024-09-04 23:36:55 0 2K