Guru agama rakam aksi ‘sumbang’ dengan pelajar

0
1K

JAKARTA – Polis Indonesia menyiasat kes seorang guru yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan anak muridnya selepas video mereka melakukan perbuatan sumbang tular di laman sosial, lapor laman berita Detik hari ini.

Guru subjek bahasa Indonesia sebuah sekolah menengah agama di wilayah Gorontalo itu dikenali sebagai DH, 57, dan kini menjadi suspek kes tersebut.

“Pada awal tahun 2022, mangsa sudah menjalin hubungan rapat dengan suspek,” kata Ketua Polis Gorontalo, Asisten Komisioner Besar Polis Deddy Herman.

Menurut Deddy, suspek melakukan pelbagai cara bagi membolehkan dia menjalin hubungan intim dengan mangsa termasuk sering membantu menyelesaikan kerja sekolah.

“Suspek membuat mangsa berasa seperti dirinya diberi perhatian lebih, yang akhirnya menyebabkan mangsa ‘menyerah diri’,” ujarnya.

Sebelum itu, sebuah video memaparkan aksi tidak senonoh suspek dan mangsa menjadi tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Dalam video tersebut, mangsa masih memakai pakaian seragam, manakala kejadian itu dikatakan dirakam di luar sekolah. – AGENSI 

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Crime
Terima Padah! Baru kenal dah berani keluar dengan jantan
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa menjadi mangsa noda rakan lelaki yang dikenali...
By Gakeps Official 2024-07-05 10:52:03 0 3K
Opinion
Reedzwann terbabit dalam kemalangan manakala rakan maut
Slim River: Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakan terbabit dalam...
By Gakeps Official 2024-09-07 11:16:09 0 2K
Home
Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain
KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman...
By Gakeps Official 2024-06-14 07:41:17 0 5K
Crime
Bergaduh Di Pusat Hiburan, Seorang Maut Manakala Rakan Kritikal
KOTA KINABALU: Seorang maut manakala rakannya kritikal dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan...
By Gakeps Network 2024-06-16 12:53:01 0 5K
Local News
Guru Buat Laporan Polis Nafi Pelajar Dipukul
KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima laporan daripada seorang...
By Omiyou Network 2024-06-28 12:16:09 0 4K