KERAJAAN KOMITED PERKASA MODAL INSAN MELALUI PENDIDIKAN - KM HAJIJI

0
1K

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri komited memperkasakan pembangunan modal insan melalui pendidikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembangunan modal insan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan bagi menyediakan pemimpin yang bakal mencorakkan masa hadapan negeri.

Jelas Hajiji, kerajaan negeri melalui Yayasan Sabah telah membantu seramai 121,897 pelajar sejak 1967 hingga Jun 2024 yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM868 juta.

Ujar beliau, bagi meringankan beban pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung, Sarawak dan Labuan kerajaan buat julung kalinya telah memberi bantuan subsidi tiket penerbangan menerusi Subsidi Graduan Rindu Sabah berjumlah RM600 seorang kepada semua pelajar Sabah yang terlibat pada bulan Mac lalu dengan peruntukan lebih RM10 juta.

“Pada tahun 2023 kerajaan turut menambah peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) daripada RM55 juta kepada RM101 juta.

“SELAIN DARIPADA ITU, INISIATIF BAHARU DI BAWAH HALA TUJU SABAH MAJU JAYA (SMJ) PORTAL TAJAAN PENDIDIKAN SABAH (PTPS) TELAH DILANCARKAN SEBAGAI INISIATIF BAGI MEMPERKASAKAN SERTA MEMUDAHKAN PENYALURAN BANTUAN KEPADA ANAK SABAH TERUTAMA PADA PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI MELALUI GABUNGAN KERJASAMA BADAN PENAJA UTAMA DAN PEMBERI BANTUAN PENDIDIKAN DI NEGERI INI.

“Ini adalah sebahagian dari inisiatif dan bantuan yang telah dirancang dan dilaksana oleh kerajaan negeri bagi membangunkan modal insan di negeri ini melalui pelan pembangunan Hala Tuju SMJ. Banyak lagi inisiatif, bantuan dan program yang telah dirancang bagi meningkatkan lagi keupayaan modal insan negeri ini agar Sabah lebih maju ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ikrar dan Aku Janji Sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2024/2025 Kali Ke-30 Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Canselor, pada Selasa.

Dalam majlis yang sama, beliau turut berbangga dengan pencapaian semasa UMS yang telah membantu menjana transformasi pembangunan dan pusat rujukan di negeri dalam pelbagai aspek.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada UMS dalam membantu usaha ke arah kemajuan dan peningkatan tahap pendidikan tinggi negara, sesuai dengan pelan pembangunan Hala Tuju SMJ yang turut memberi penekanan kepada pembangunan modal insan selain sektor perindustrian, pertanian dan pelancongan sebagai teras utama dalam memulihkan semula ekonomi negeri ini.

Hajiji yang juga Pro Canselor UMS mahu universiti itu terus mewujudkan persekitaran pendidikan tinggi yang mampu menjadi pusat ilmu unggul dan menghasilkan graduan berdaya saing dan berinovasi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir untuk negara dan Negeri Sabah.

“Justeru, pihak institusi pengajian tinggi termasuk UMS digalakkan untuk memperkukuh kerjasama dengan pemain industri dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 4,545 orang pelajar baharu UMS melafazkan ikrar dan aku janji di hadapan Pro Canselor dan Kakitangan Akademik UMS sempena Minggu Suai Mesra sesi 2024/2025 kali ke-30 di dewan tersebut.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan serta Naib Canselor UMS Profesor Datuk dr Kasim Mansor. — JABATAN PENERANGAN SABAH

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Crime
Salah faham punca lelaki dibunuh di Tawau
TAWAU : Polis menahan seorang lelaki warga asing serta menemui sebilah parang dipercayai...
Por Gakeps Official 2024-09-02 11:35:08 0 3K
Politik
HalaTuju SMJ Nampak Hasil Positif Dan Berada Di Landasan Tepat
KOTA KINABALU: Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini...
Por Gakeps Official 2024-10-07 05:41:08 0 842
Local News
SPRM komited benteras kegiatan rasuah di Sabah
KOTA KINABALU:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited melaksanakan...
Por Gakeps Official 2024-06-22 15:04:57 0 4K
World News
Jalinkan hubungan sulit dengan isteri, suami ‘belasah’ guru di sekolah
SEORANG guru dibelasah di sekolah gara-gara didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri...
Por Gakeps Official 2024-10-09 13:27:27 0 1K
Educação
‘Baby walker’ telah banyak negara dah haramkan ini puncanya
Bagi ibu ayah yang baru nak menyambut anak pertama merepa pasti berasa eksaited untuk menyambut....
Por Gakeps Official 2024-08-19 03:12:13 0 3K