taktik 'Ejen insurans' bunuh pencarum untuk dapat wang pampasan

0
4K

JOHOR BAHRU - Kegiatan satu sindiket 'ejen insurans' yang menggunakan taktik kejam membunuh pencarum bagi menuntut pampasan insurans nyawa yang bernilai RM500,000 melibatkan kejadian di Kulai, bulan lalu terbongkar.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, siasatan mendapati modus operandi sindiket itu adalah dengan merancang pembunuhan dengan kaedah seolah-olah mangsa meninggal dunia akibat terlibat kemalangan jalan raya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat.

"Sindiket ini mencari dan mendekati mangsa yang hidup sebatang kara.

"Ejen insurans juga memalsukan tandatangan mangsa semasa urusan permohonan polisi insurans dan suspek akan tunggu sehingga polisi insurans diluluskan.

"Setelah polisi insurans diluluskan dan membayar premium insurans selama beberapa bulan, suspek mula merancang untuk membunuh mangsa," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Isnin.

Beliau berkata, sindiket berkenaan akan melanggar mangsa sehingga mati dan menjadikan insiden tersebut seperti kemalangan maut atau langgar lari.

Dalam kejadian pada jam 4.40 pagi di Kulai pada 6 Mei lalu itu, beliau memberitahu, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 telah dihimpit dan dilanggar dua buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Senai-Seelong.

Menurutnya, selepas dilanggar mangsa berusia 38 tahun itu terjatuh dan masih hidup menyebabkan empat suspek tersebut memukulnya di lokasi kemalangan.

"Mangsa yang nyawa-nyawa ikan itu telah dilanggar lori jenis Isuzu yang kebetulan melalui jalan itu menyebabkannya mangsa maut di tempat kejadian," katanya.

Kata Kumar, pada mulanya insiden itu dianggap kes kemalangan maut biasa tetapi laporan bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan lain pada tubuh mangsa selain kesan pelanggaran kenderaan.

Ujarnya, hasil siasatan lanjut membongkar kegiatan licik sindiket itu sebelum polis menahan lapan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 49 tahun di beberapa lokasi berasingan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, semakan mendapati empat daripada yang ditahan mempunyai rekod lampau jenayah selain merampas satu dokumen polisi insurans atas nama mangsa serta tiga kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu.

"Mengikut perancangan, setelah mangsa meninggal dunia, suspek membuat permohonan tuntutan insurans melalui ejen yang juga ahli sindiket.

"Siasatan polis mengesahkan bahawa motif kejadian adalah tuntutan insurans palsu. Ini adalah kes pertama seumpamanya berlaku di negeri ini," katanya.

Walau bagaimanapun ujarnya, tuntutan insurans itu tidak sempat diproses kerana modus operandi sindiket berkenaan terbongkar oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan empat daripada suspek telah dituduh di mahkamah majistret di Kulai pada 19 Jun lalu manakala empat lagi diberi bon jaminan.

"Kita sedang giat mengesan beberapa lagi suspek yang masih bebas untuk membantu siasatan," katanya.

"Kemudian sindiket ini akan mencarum insurans nyawa atas nama mangsa tanpa pengetahuannya dan suspek akan meletakkan nama orang kenalan suspek sebagai pewaris polisi insurans tersebut sebagai penerima pampasan.

Zoeken
Categorieën
Read More
Crime
Polis bantuan raba pelajar UiTM
“Suspek letakkan tangan saya pada kemaluannya sehingga berair barulah dia lepaskan tangan...
By Gakeps Official 2024-09-03 02:52:33 0 2K
Infomation
Boleh ke telan air mani suami? Ramai buat tapi tak ambil kisah hukum sebenarnya
Air mani adalah sejenis cecair yang dipancutkan dari zakar lelaki ketika mencapai tahap kemuncak...
By Omiyou Network 2024-10-10 04:51:53 0 947
World News
Yang sakit kaki sebelah kanan, yang kena potong kaki kiri, hospital tersalah potong kaki pesakit
Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya...
By Gakeps Official 2024-11-19 01:00:40 0 951
Opinion
Segerakan ambil tindakan isu babit polis di media sosial – Ayob Khan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin mahu maklum balas segera diambil terhadap...
By Gakeps Official 2024-11-05 13:01:54 0 966
Finance
SPRM bekukan 11 akaun bernilai RM1.1 Juta, sita 11 beg tangan mewah milik Pengasas FashionValet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan beberapa akaun bank...
By Gakeps Official 2024-11-07 06:24:57 0 1K