Segerakan ambil tindakan isu babit polis di media sosial – Ayob Khan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin mahu maklum balas segera diambil terhadap isu berkaitan pasukan keselamatan itu yang dibangkitkan di media sosial.
Katanya, langkah itu penting bagi mengelak persepsi negatif terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila isu berkenaan menjadi tular disebabkan tiada maklum balas pihak berkuasa.
“Sesiapa pun boleh viral (tular) dalam media sosial. Jadi kalau tiga empat hari baharu kita nak ambil tindakan dan maklum balas, ia beri kesan tidak elok.
“Sepatutnya keluar sesuatu itu (isu tular), kita bagi maklum balas cepat,” katanya selepas menyampaikan ceramah pada Sambutan Hari Integriti Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Klana Resort, di sini hari ini.
Kira-kira 250 kakitangan pentadbiran kerajaan negeri hadir. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan), Datuk Rozitta Sulaiman.
Ayob Khan juga mahu PDRM mengambil tindakan lebih awal dan proaktif dalam mengesan anggotanya yang terbabit melakukan jenayah rasuah atau salah laku.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Spellen
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Other
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Onderwijs
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- voorbeeld
- Vps Forex