Ketua Kampung Curi Dana Penduduk sebanyak RM304k Untuk Sara 4 Isteri Dan 20 Anak

0
2K

Seharusnya ketua kampung lebih bertanggungjawab dalam menaik taraf kemudahan di tempat mereka dan tidak menggunakan wang bagi kepentingan peribadi.

Seorang lelaki yang juga bekas ketua kampung di Indonesia ditahan polis selepas disyaki menyeleweng dana penduduk berjumlah RM304,000.

Menurut Tribunnews, wang tersebut diseleweng oleh Alkani sejak tahun 2015 lagi iaitu sepanjang dia memegang jawatan sebagai ketua kampung.

Tambah sumber, dana berjumlah RM304,000 itu sepatutnya digunakan untuk melakukan projek khas di kampung tetapi Alkani menggunakan ia bagi tujuan peribadi.

Difahamkan, projek tersebut berjalan seperti dalam perancangan tetapi kos yang digunakan tidak selari dengan kertas kerja.

Rupa-rupanya, Alkani telah memalsukan maklumat dalam laporan audit.

Ada dakwaan mengatakan sebahagian duit tersebut digunakan Alkani untuk menikahi isteri keempat dan menyara semua isteri dan 20 anak.

Pihak berkuasa juga sudah mengumpul bahan bukti dan Alkani telah ditahan polis untuk tindakan selanjutnya.

Cerca
Categorie
Leggi tutto
Formazione
JPJ telah buat pembetulan serta merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap...
By Iklan viral 2024-10-05 17:33:20 0 775
Formazione
Saintis pakar grafik 'dedah' wajah sebenar firaun
New York: Selepas 3,500 tahun, sekumpulan saintis dan pakar grafik melakar semula wajah firaun...
By Iklan viral 2024-10-01 03:45:42 0 1K
Entertaiment
Saya pakai macam ini pun orang akan kritik - anna jobling
PUTRAJAYA – Bakal beraksi dalam filem Duyung: Legenda Aurora, pelakon Anna Jobling...
By Gakeps Official 2024-09-04 11:26:15 0 2K
Crime
Perompak pakai jubah kopiah ketika pecah rumah
Empat individu warga asing termasuk seorang wanita diberkas polis selepas disyaki memecah masuk...
By Gakeps Official 2024-06-26 13:12:12 0 3K
Crime
Kes Pertama Di Malaysia Guna Dron Seludup Dadah
TAPAH – Polis mengesan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara menggunakan dron berikutan...
By Gakeps Official 2024-08-10 23:59:13 0 3K