Hilang Kerja Kerana Rasuah, Lans Koperal Polis Kini Jaga Parking

0
2K

SHAH ALAM: Bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal, dipenjara sehari dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menerima wang berjumlah RM3,000 untuk melepaskan seorang lelaki warga asing yang ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dua tahun lalu.

Hakim, Datuk Anita Harun, menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, S Kabilann, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dikemukakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tambahan enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan dan tertuduh membayarnya.

Kabilann didakwa ketika kejadian sebagai anggota polis berpangkat Lans Koperal di IPD Shah Alam, menerima wang tunai RM3,000 menerusi akaun bank miliknya daripada seorang lelaki berusia 47 tahun yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugasnya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di Kapar pada 13 Disember 2022 seterusnya melakukan kesalahan mengikut Sesyen 165 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh semasa kejadian bertugas di cawangan lokap Berpusat IPD Shah Alam telah menakut-nakutkan seorang lelaki yang akan bertindak sebagai penjamin terhadap seorang warga Nepal yang ditahan atas pergaduhan bersenjata yang mana lelaki itu boleh dihukum penjara beberapa tahun.

Tertuduh telah menghubungi lelaki itu dan meminta dia memasukkan RM3,000 dalam akaun miliknya bagi melepaskan warga Nepal berkenaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman paling ringan susulan tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak dua tahun lalu selepas dibuang kerja.

“Saya kini hanya penjaga parkir dan menyara kedua ibu bapa dan dua anak yang masih kecil,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin, memohon hukuman berat kerana pengakuan bersalah tertuduh hanya bersifat pilihan.

“Mohon mahkamah melihat status tertuduh semasa kejadian adalah penjawat awam yang menyalahgunakan amanah yang diberikan kepadanya. Jadi hukuman yang diberi adalah sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya.

Buscar
Categorías
Read More
Crime
Dua pekerja Sabah Electricity cedera akibat diancam di Lahad Datu
Lahad Datu: Sabah Electricity Sdn Bhd hari ini membuat laporan polis selepas berlaku provokasi...
By Iklan viral 2024-11-20 16:08:44 0 880
Food
5 tips mudah masak ayam kampung, kalau tak kena cara mesti liat
Bagi yang suka makan ayam kampung mesti tahu betapa susahnya nak lembutkan ayam sebelum boleh...
By Gakeps Official 2024-08-07 22:05:52 0 3K
Educación
Tips masak goreng ikan bilis, dijamin rangup dan tak mudah lemau!
Ikan bilis goreng merupakan sejenis lauk yang cukup sederhana namun sangatlah...
By Gakeps Official 2024-10-14 05:56:02 0 911
Crime
SPRM bongkarkan kartel projek bekal baja bernilai RM1.8 billion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel...
By Gakeps Official 2024-10-30 13:41:02 0 1K
Health
Ini Cara mudah nak amalkan tabiat pemakanan lebih sihat, kawal pengambilan gula
Tidak kira pencuci mulut atau minuman berperisa, setiap manisan yang mengandungi gula adalah...
By Iklan viral 2024-09-20 05:46:38 0 2K