5 Penjawat awam ditahan SPRM disyaki kemuka tuntutan matan palsu

0
2KB

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lima orang penjawat awam yang berkhidmat di sebuah pusat kesihatan di negeri ini disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM146,000

Menurut sumber, suspek yang terdiri daripada seorang penolong pegawai perubatan dan empat orang jururawat telah ditahan kira-kira jam 9.40 pagi ini ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja lebih masa dari tahun 2020 hingga 2021 sedangkan perkara tersebut tidak dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah ,Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau memberitahu, kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh pada 12 September 2024 (Khamis) di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Rechercher
Catégories
Lire la suite
Éducation
Kenapa bukan ditangan? Inilah sebab kenapa Gout asyik muncul di kaki sahaja
Penyakit gout merupakan salah satu isu kesihatan yang sering menjadi topik perbincangan dalam...
Par Iklan viral 2024-11-15 15:56:56 0 981
World News
umur panjang, Lelaki Kena Sengat 240 Ekor Tebuan Tapi Masih Hidup
Cardiff: Seorang lelaki di United Kingdom bertuah kerana umurnya masih panjang walaupun...
Par Gakeps Official 2024-09-09 23:21:58 0 2KB
Politik
Isteri pinang sendiri pegawai polis untuk saya - Sanusi
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahan dia sudah berpoligami dan majlis itu...
Par Omiyou Network 2024-09-05 02:57:56 0 2KB
World News
kibar bendera Malaysia boleh didenda atau dijel
SINGAPURA  – Penghuni blok kediaman milik Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) akan...
Par Gakeps Official 2024-08-14 23:17:51 0 3KB
Crime
Lima nelayan ditahan lakukan aktiviti bom ikan
KOTA KINABALU : Sebuah bot pam beroperasi tanpa lesen bersama lima kru ditahan selepas didapati...
Par Gakeps Official 2024-07-06 12:59:45 0 4KB