wanita bawa jantung sendiri dalam beg ditahan di lapangan terbang
Wanita bawa jantung sendiri dalam beg ditahan di lapangan terbang. Seorang wanita dari New Zealand telah ditahan oleh pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang di Australia kerana membawa jantung lamanya dalam beg tangannya, lapor laman berita News.com.au.
Jessica Manning, 30 tahun, tiba di Australia ketika dia dihentikan oleh beberapa pegawai.
Jessica merupakan pesakit yang pernah menjalani prosedur pemindahan jantung dan hati.
Menurutnya, pasukan keselamatan di sempadan Australia ingin mengelakkan sebarang ancaman pencemaran atau bahaya kesihatan yang mungkin ditimbulkan oleh jantung lamanya itu.
Namun, selepas Manning menjelaskan situasi dan sejarah perubatannya, pegawai tersebut akhirnya membenarkan dia membawa jantung tersebut.
“Isu utamanya adalah risiko saya membawa penyakit baru ke Australia dan dia tidak mahu saya membawa sesuatu yang boleh membahayakan negara ini.
“Saya ditahan selama kira-kira sejam kerana cuba membawa jantung ke Australia. Tetapi sekarang, jantung itu selamat berada di dalam almari,” katanya.
Manning telah menjalani pembedahan pemindahan jantung dan hati enam tahun lalu selepas lahir dengan pelbagai kecacatan jantung.
Sebagai hasilnya, dia terpaksa menjalani beberapa pembedahan jantung terbuka semasa membesar.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Игры
- Health
- Главная
- Literature
- Music
- Networking
- Другое
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Образование
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- предпросмотр
- Vps Forex