Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Tempat Di Sabah Petang Ini

0
969

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Sabah sehingga jam 4.00 petang, hari ini.

MetMalaysia melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1.45 tengah hari memaklumkan antara kawasan yang terlibat iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran).

“Amaran dikeluarkan apabila berlakunya ribut petir yang disertai hujan lebat dengan intensiti melebihi 20mm/jam dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan tersebut dalam tempoh satu jam atau lebih.

“Penduduk dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya bagi mengelakkan risiko banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang,” katanya.

Tambahnya, amaran ribut petir ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari masa ia dikeluarkan.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Local News
Halang Tempat Parkir, Lelaki Ditetak Pisau Terima 35 Jahitan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera ditetak menggunakan pisau, dipercayai akibat pergaduhan...
By Iklan viral 2024-09-05 23:52:44 0 2K
Local News
nak dapatkan projek besar, isteri sanggup curang dengan lelaki lain
Rumah tangga yang dibina selama lebih dua dekad akhirnya berkesudahan dengan perceraian...
By Gakeps Official 2024-09-16 21:37:37 0 2K
Opinion
Kita Kena Perangi GISBH habis-habisan – Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa supaya kegiatan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...
By Gakeps Official 2024-10-09 13:30:09 0 864
World News
Ganjaran RM23 juta untuk 'Permaisuri Kripto'
Washington: Ganjaran AS$5 juta (kira-kira RM23.6 juta) ditawarkan dalam usaha memburu...
By Omiyou Network 2024-06-30 13:04:52 0 4K
Tech
Aplikasi dating Tinder dan Omi adalah haram digunakan pasangan sudah berkahwin
Ramai pasangan yang sudah berkahwin tidak mengetahui tentang hukum menggunakan aplikasi dating...
By Iklan viral 2024-09-23 01:03:22 0 1K