Undang-undang jenayah cyber perlu diperbaharui segera – Masiung

0
4KB

KOTA KINABALU: Undang-undang sedia ada berkaitan jenayah siber umpama ‘besi buruk’ sekali gus perlu dipindah segera dengan akta yang lebih berat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, terdapat beberapa keperluan drastik merangka akta baharu lebih sistematik selaras dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini.

Katanya, Malaysia merekodkan negara paling banyak pencerobohan data di dunia apabila berada di kedudukan ke-11 negara paling banyak data pengguna dicerobohi sejak 2022.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) merekodkan kerugian sebanyak RM2.23 bilion melibatkan jenayah siber di negara ini. Statistik itu hasil kajian buku jenayah siber diterbitkan Institut Keselamatan Awam (IPSOM).

“Perundangan siber kita agak lemah menyebabkan Malaysia dijadikan lubuk emas ‘scammer’ dari dalam dan luar negara menuai keuntungan atas angin, ” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Masiung merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata, terdapat banyak undang-undang siber negara sedia ada digubal sebelum 2010 bermakna undang-undang pada masa kini agak lapuk.

“Akta lapuk perlu segera dipinda seiring kemajuan dunia maya tanpa sempadan bagi mengawal jenayah penipuan dalam talian menerusi pelbagai platform digital. Dunia maya yang tuntas mengundang hampir keseluruhan rakyat negara ini terdedah dengan jenayah scam.

“Kes kecurian data di negara ini menunjukan peningkatan membimbangkan apabila melonjak ketara setiap tahun.

“Pelanggaran data adalah penipuan scam keselamatan siber kedua tertinggi yang dilaporkan tahun lalu melibatkan 5,917 kes,” jelas Masiung.

Menurutnya, peningkatan jenayah siber termasuk scam dalam tempoh tiga tahun sejak September 2020 telah mencatatkan sebanyak 4,686 kes membabitkan lebih RM100 juta kerugian dilaporkan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan jenayah siber paling banyak di Sabah ialah telepon scam, love scam, pinjaman tidak wujud, pelaburan secara online dan kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.

“Hampir setiap hari kita dikhabarkan berkaitan jenayah scammer serta penipuan dalam talian dan peningkatan kes ini sengat membimbangkan. Orang ramai khususnya penguna internet sudah tidak selamat menggunakan telephon pintar dan komputer kerana setiap detik dibayangi ‘scammer,” katanya.

Pesquisar
Categorias
Leia mais
Local News
31 Ogos kini Diisytihar Hari Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha...
Por Gakeps Official 2024-07-06 13:04:23 0 4KB
Opinion
MHO Gesa Mangsa Penipuan Pusat Penyembuhan Jantung KK Times Square Tampil
KOTA KINABALU, SABAH – Mangsa-mangsa penipuan sebuah pusat “penyembuhan...
Por Gakeps Official 2024-08-16 03:52:00 0 2KB
Crime
Isteri dirogol oleh rakan suami sendiri
Seorang wanita Rohingya berusia 14 tahun dinodai rakan suaminya yang merupakan lelaki Myanmar...
Por Gakeps Official 2024-06-27 15:54:04 0 4KB
Local News
Tular Video Turunkan Bendera Malaysia, Naikkan Bendera Sabah dan Sarawak
KOTA KINABALU : Satu video tular di media sosial berhubung sekumpulan individu...
Por Gakeps Official 2024-09-24 09:27:00 0 2KB
Crime
“Nasihat orang ramai JANGAN MUDAH TERPEDAYA! JPN nafi salur sebarang bantuan berbentuk wang tunai
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai dibuat oleh...
Por Iklan viral 2024-09-26 16:06:15 0 2KB