Seorang pegawai dan tiga anggota polis didakwa berparti ditukar serta-merta

0
1KB

SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan serta tiga anggota polis ditukarkan serta-merta dipercayai berparti dalam bilik Bahagian Siasatan Jenayah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan mendapati seorang anggota polis berpangkat koperal bersama tiga wanita serta seorang lelaki awam di dalam bilik berkenaan.

"Kesemua individu terbabit didapati sedang mendengar muzik yang dipasang dengan kuat serta makan.

"Adalah menjadi kesalahan iaitu mana-mana orang awam tidak boleh dibawa masuk ke dalam premis pejabat tanpa sebarang urusan rasmi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Isnin.

Katanya, susulan itu satu siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit dijalankan.

"Tindakan tegas diambil mengikut Peraturan 3C Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Disiplin) 1993 melibatkan arahan penukaran terhadap anggota polis terbabit dikeluarkan serta-merta.

"Selain itu, tiga individu lain iaitu seorang pegawai kanan serta dua anggota berpangkat Sarjan dan Sarjan Mejar turut ditukarkan serta-merta ke kontinjen lain ke Johor dan Kelantan," katanya.

Sementara itu, mengulas berkaitan perkembangan kes melibatkan tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan Sabtu lalu, Hussein berkata, anggota terlibat ditukar ke bahagian pengurusan serta-merta.

"Ketiga-tiga anggota ini merupakan anggota polis dan bukan ketua balai.

"Kesemua mereka turut akan dituduh di bawah jenayah dan tatatertib," katanya.

berita terdahulu : https://gakeps.com/blogs/630/Kantoi-buat-parti-dalam-balai-polis-5-individu-termasuk-Sarjan

Pesquisar
Categorias
Leia mais
Crime
Cuba Lari Dari Sekatan Jalan Raya, Lelaki Ditahan Semula Di Jalan Utara Tawau
TAWAU: Tular di media sosial kejadian aksi seorang anggota Polis Trafik mengejar seorang lelaki...
Por Gakeps Official 2024-10-09 00:20:13 0 2KB
World News
South Korea’s Digital Sex Crime Deepfake Crisis
South Korea faces an epidemic of digital sex crimes, hundreds of women and girls targeted...
Por Iklan viral 2024-08-29 23:50:40 0 3KB
Local News
Pelaksanaan janji MA63 Terlalu Perlahan Walaupun Dijanjikan Kepantasan – Jeffrey
KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pelaksanaan...
Por Iklan viral 2024-10-01 02:02:50 0 2KB
Crime
Cubaan culik kanak-kanak dua tahun, lelaki warga asing dicekup
Polis menahan lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam cubaan menculik seorang kanak-kanak...
Por Iklan viral 2024-10-23 16:17:27 0 2KB
Crime
Empat warga Filipina seludup keluar barangan kawalan berjaya ditahan
KUDAT : Empat warga Filipina bersama sebuah bot ditahan selepas disyaki membawa muatan pelbagai...
Por Sabah News 2024-06-14 23:35:32 0 6KB