Tokan Dadah Tawau Tumpas, Syabu Bernilai RM10,100 Dirampas

0
841

TAWAU: Polis berjaya menumpaskan tokan dadah menerusi penahanan seorang lelaki ketika menunggang sebuah motosikal dengan membawa dadah jenis syabu di kawasan sebuah stesen minyak di Jalan Apas, Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 2.05 petang.

Menurutnya, ketika pasukan serbuan sedang melakukan rondaan telah terserempak dengan seorang lelaki warga asing berusia 21 tahun sedang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pihak Polis mendekati dan memperkenalkan diri, suspek bertindak dan cuba melarikan diri serta mencampakkan sesuatu berhampiran dengan suspek.

“PEMERIKSAAN OBJEK YANG DICAMPAKKAN OLEH SUSPEK MENJUMPAI DUA PEKET PLASTIK LUTSINAR BERLAINAN SAIZ SETIAP SATU PEKET PLASTIK LUTSINAR TERSEBUT BERISI BAHAN KETULAN HABLUR JERNIH DISYAKI DADAH JENIS SYABU DENGAN ANGGARAN BERAT KASAR 100.59 GRAM DENGAN NILAI DIANGGARKAN RM10,100,” KATANYA DALAM SATU KENYATAAN MEDIA DI SINI, HARI INI.

Sementara itu, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, dadah yang dirampas disyaki untuk edaran pasaran tempatan yang boleh menampung seramai 1,000 orang penagih dadah.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah selain semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan berkaitan jenayah serta dadah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti sumber dadah selain mengesan rakan subahat dan rangkaian sindiket pengedaran yang lain.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 14 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambahnya, Polis Daerah Tawau sedang mempergiatkan lagi usaha dalam membanteras kegiatan jenayah dan dadah dari masa ke masa dengan operasi yang lebih agresif.

Sementara itu, beliau menyeru masyarakat di daerah Tawau khususnya agar dapat menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah termasuk dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan warga sekampung yang disyaki terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang di talian hotline 089-772121 atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Search
Categories
Read More
Sports
Create Your Online Cricket ID- Trusted Platform With 24/7 Support
Online Cricket ID is the first destination of all your cricket betting needs! All cricket lovers...
By Online Cricket 2024-10-18 10:46:50 0 703
Local News
Wanita Meninggal Dunia Ketika Turun dari Gunung Kinabalu
RANAU: Seorang pendaki wanita meninggal dunia ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu,...
By Iklan viral 2024-08-29 22:45:30 0 2K
Local News
Kini Lebih Ramai Miskin Tegar Di Sabah Miliki Rumah Selesa
SIPITANG: Penambahan jumlah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 40 rumah setiap Dewan...
By Gakeps Official 2024-09-23 12:28:51 0 1K
Crime
Dua pekerja Sabah Electricity cedera akibat diancam di Lahad Datu
Lahad Datu: Sabah Electricity Sdn Bhd hari ini membuat laporan polis selepas berlaku provokasi...
By Iklan viral 2024-11-20 16:08:44 0 884
Artist
Putrajaya proposes mediation to settle Dutch model Ivana Smit family suit against cops, home minister over death
KUALA LUMPUR, Aug 28 — The government of Malaysia today proposed mediation in the lawsuit...
By Gakeps Official 2024-08-29 04:11:52 0 2K