Lelaki Bawa Rokok Seludup Bernilai Lebih RM300,000 Ditahan

0
4K

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan bersama rokok seludup bernilai lebih RM300,000 dalam pemeriksaan terhadap sebuah lori di tepi jalan di Jalan Bypass Lahad Datu, Batu 7, di sini, semalam.

Lori yang dipandu suspek berusia 28 tahun itu ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 5.30 petang.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan di bahagian belakang lori berkenaan dengan disaksikan suspek sendiri.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 10,213 bungkusan rokok jenis Gunung Gandum disyaki diseludup dan tidak mempunyai cukai kastam.

“Suspek kemudian ditahan dan kenderaan serta barang-barang rokok dirampas kerana disyaki diseludup masuk ke negara ini.

“Nilai rokok yang dirampas berjumlah RM306,390 manakala nilai keseluruhan termasuk lori berjumlah RM351,390,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

 

Menurutnya, suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi.

“Siasatan awal mendapati rokok berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di daerah ini.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Zoeken
Categorieën
Read More
Crime
Kes Pertama Di Malaysia Guna Dron Seludup Dadah
TAPAH – Polis mengesan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara menggunakan dron berikutan...
By Gakeps Official 2024-08-10 23:59:13 0 3K
Crime
Tiga Anak ‘diseksa’ enggan makan makanan basi, buat seks oral
KLANG – Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penderaan...
By Gakeps Official 2024-10-12 05:17:45 0 927
Artist
“inilah Perkara paling menyedihkan dalam hidup..” – Michelle Yeoh dedah tidak mampu miliki zuriat
Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi hakikat dirinya tidak...
By Iklan viral 2024-11-19 17:48:07 0 330
Local News
Tiada Lagi Permohonan Tambahan Masa Untuk Projek Pan Borneo Sabah - KKR
KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap tiada lagi permohonan tambahan...
By Gakeps Official 2024-10-07 05:48:38 0 820
Opinion
Segerakan ambil tindakan isu babit polis di media sosial – Ayob Khan
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin mahu maklum balas segera diambil terhadap...
By Gakeps Official 2024-11-05 13:01:54 0 938