Cubaan bunuh dua polis, juruukur tanah mengaku tidak bersalah
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.
Ammar Faris Zainulkifli, 32 membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Juraidah Abbas selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan dengan niat cuba menyebabkan kematian ke atas dua anggota polis iaitu Lans Koperal Mas Safiq Azizan Matzrol dan Koperal Mohd Norhasmi Ab Razak yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan memandu kereta jenis Honda Civic berwarna perak dan cuba melanggar kedua-dua anggota tersebut.
Sehubungan itu, dia dituduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Tertuduh dari Kubang Semang, Bukit Mertajam didakwa melakukan kesalahan itu di belakang Gurney Plaza, Jalan Kelawai di sini pada jam 4.50 petang, 25 Oktober lalu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam prosiding kes, Jun Keong menawarkan wang jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Tertuduh bagaimanapun memohon wang jaminan dikurangkan berikutan perlu menjaga ibunya yang sedang sakit tua.
“Saya kerja sebagai juruukur tanah dengan pendapatan RM1,200 dan perlu menjaga ibu yang sedang sakit. Dia sakit tua.
“Bapa saya akan menjamin saya dan dia pun hanya bekerja sebagai juruukur tanah, sama seperti saya,” katanya.
Juraidah kemudiannya menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin warga tempatan terhadap tertuduh.
Kes ditangguh pada 20 November ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Games
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Other
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Education
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Review
- Vps Forex