Cubaan bunuh dua polis, juruukur tanah mengaku tidak bersalah

0
1K

Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota polis di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.

Ammar Faris Zainulkifli, 32 membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Juraidah Abbas selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan dengan niat cuba menyebabkan kematian ke atas dua anggota polis iaitu Lans Koperal Mas Safiq Azizan Matzrol dan Koperal Mohd Norhasmi Ab Razak yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan memandu kereta jenis Honda Civic berwarna perak dan cuba melanggar kedua-dua anggota tersebut.

Sehubungan itu, dia dituduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Tertuduh dari Kubang Semang, Bukit Mertajam didakwa melakukan kesalahan itu di belakang Gurney Plaza, Jalan Kelawai di sini pada jam 4.50 petang, 25 Oktober lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding kes, Jun Keong menawarkan wang jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Tertuduh bagaimanapun memohon wang jaminan dikurangkan berikutan perlu menjaga ibunya yang sedang sakit tua.

“Saya kerja sebagai juruukur tanah dengan pendapatan RM1,200 dan perlu menjaga ibu yang sedang sakit. Dia sakit tua.

“Bapa saya akan menjamin saya dan dia pun hanya bekerja sebagai juruukur tanah, sama seperti saya,” katanya.

Juraidah kemudiannya menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin warga tempatan terhadap tertuduh.

Kes ditangguh pada 20 November ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Zoeken
Categorieën
Read More
Onderwijs
Saintis dedah satu hari nanti Bumi akan mengambil masa 25 jam sehari!
Hari di Bumi akan semakin panjang kerana Bulan semakin menjauhi planet kita, menurut laporan...
By Gakeps Official 2024-08-20 10:55:40 0 3K
Local News
ESSCOM Tahan 17 PTI dan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM161,000 Di Sandakan
SANDAKAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya menahan seramai...
By Gakeps Official 2024-08-24 22:16:37 0 2K
Opinion
‘Tikus-tikus’ dalam Jabatan Imigresen perlu dihapuskan segera
Jabatan Imigresen Malaysia bakal melakukan rombakan tugas dengan melaksanakan pusingan kerja bagi...
By Iklan viral 2024-09-26 17:30:48 0 2K
Bussines News
KUSKOP salur pembiayaan RM953.9 juta kepada usahawan di Sabah – Ewon
KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya...
By Gakeps Official 2024-06-26 13:08:35 0 3K
Onderwijs
Lebih 150 Negara Bakal Terputus Internet & Komunikasi, Setelit Boeing Tiba-Tiba Meletup
150 negara bakal terputus internet & komunikasi, setelit Boeing tiba-tiba meletup. Sebuah...
By Iklan viral 2024-10-28 14:59:23 0 2K