Gara-gara cemburu, isteri maut ditikam suami berkali-kali ketika ‘live’ di Facebook

0
1K

Gara-gara cemburu, isteri mati ditikam suami berkali-kali ketika ‘live’ di Facebook. Gara-gara cemburu, seorang lelaki nekad menikam isterinya berkali-kali hingga maut, lapor Tribunnews.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sewaktu mangsa sedang melakukan siaran langsung (Live) di Facebook dan berkaraoke bersama ahli keluarga pada malam Sabtu lalu

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sergai, AKP Donny Simatupang, mangsa ditikam sebanyak lima kali oleh suaminya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, suspek yang juga warga Desa Suka Damai Kecamatan Sei Bambam, Kabupaten Serdang Bedagai itu tanpa sebarang bicara bertindak menikam mangsa.

“Dalam kejadian malam Sabtu itu, mangsa yang sedang berkaraoke bersama keluarganya secara tiba-tiba telah ditikam oleh suaminya dari belakang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

ahli keluarga mangsa lain turut menjerit ketakutan ekoran suspek bertindak menikam mangsa.

Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarga bagaimanapun dilaporkan sudah meninggal dunia.

Sementara itu, suspek cuba melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu dan bersembunyi di rumah saudaranya, namun berjaya diberkas pihak polis kurang dari 24 jam.

Kata Donny, siasatan awal pihak polis mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan cemburu dan sakit hati suspek susulan mangsa sering berhubung dengan bekas suaminya.

Suspek turut mengaku senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa adalah sebilah pisau yang biasa digunakan isterinya untuk memotong jeruk.

Terdahulu, seorang lelaki di Thailand nyaris maut akibat ditikam oleh isterinya selepas dia meminta izin untuk menjadikan kedi golf sebagai perempuan simpanannya.

Lelaki itu telah ditikam oleh isterinya sebanyak tiga kali dalam kejadian di wilayah Chon Buri, Thailand.

Pegawai dari Balai Polis Don Hua Lor telah digegaskan ke bilik sewa mangsa di daerah Chon Buri bagi menyelamatkan pemain golf berusia 36 tahun itu.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Chon Buri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Bussines News
KUSKOP salur pembiayaan RM953.9 juta kepada usahawan di Sabah – Ewon
KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya...
By Gakeps Official 2024-06-26 13:08:35 0 3K
World News
Tidak tahu pasangan sudah tukar jantin, sudah kahwin 2 tahun baru terbongkar
Baru-baru ini, seorang peguam syarie, Puan Hazwani Zainal berkongsi mengenai kisah seorang wanita...
By Iklan viral 2024-10-26 16:30:52 0 2K
Pendidikan
Rupanya inilah kelebihan RM1 yang ada tanda tangan ‘Aishah’
Ramai pengumpul wang atau numismatik sedang mencari wang kertas RM1 yang bertandatangan...
By Gakeps Official 2024-08-14 11:08:54 0 3K
Opinion
Angkara Isteri Selalu Tayang Rumah Baru Di TikTok, Suami Maut Rumah Dirompak Dengan Orang Terdekat
Isteri selalu tayang rumah baru di TikTok, suami maut rumah dirompak dengan orang terdekat. Ramai...
By Iklan viral 2024-09-23 00:58:35 0 2K
Bussines News
Sharp Tutup Kilang Terakhir di Jepun, Rugi RM5.8 Bilion
KOTA KINABALU: Kilang panel TV LCD terakhir di Jepun, yang dimiliki oleh gergasi elektronik Sharp...
By Gakeps Official 2024-08-24 22:29:00 0 3K