Polis buru lelaki dan wanita cuba ancam nyawa anggota polis

0
5K

Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu menahan mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 12 tengah malam daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang memaklumkan telah mengejar sebuah Perodua Myvi berwarna kelabu dari arah Kajang, Selangor sehingga ke hentian berkenaan.

“Kereta itu yang dinaiki dua suspek warga tempatan cuba melanggar kenderaan polis yang cuba menahan mereka di hadapan sebuah restoran makanan segera.

“Dalam usaha mempertahankan diri, pasukan polis terpaksa melepaskan empat das tembakan ke arah kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, lelaki dan wanita itu berjaya melarikan diri dengan memandu kereta secara melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dan setibanya di Kilometer 332.5, mereka memberhentikan dan meninggalkan kenderaan lalu melarikan diri ke hutan berhampiran.

Mohd Naim berkata hasil siasatan mendapati sebanyak 10 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang cuba menahan lelaki dan wanita itu kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di kawasan Kajang.

“Pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan dan pihak IPD Tapah telah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan kedua-dua suspek,” katanya.

Hasil semakan terhadap kereta digunakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang wanita warga tempatan manakala lelaki terbabit mempunyai 15 rekod jenayah lampau.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil di balai polis berdekatan atau hubungi IPD Tapah menerusi talian 05-4011 222.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Crime
Gaji Baru RM2,200 tapi dalam bilik tidur seorang pegawai imigresen ada RM800k
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar ‘kemewahan’ dua pegawai...
By Gakeps Official 2024-09-19 11:41:01 0 6K
Bussines News
Chennai to Thanjavur Cab
Book Chennai to Thanjavur cab online at best price. CabBazar provides car rental services for all...
By Cab Bazar 2024-12-21 11:58:13 0 2K
Film
[VIRAL VIDEO!] Jobz Hunting Pakistan Viral Video Original Link On Social Media Twitter X Instagram Tiktok med
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-15 02:19:18 0 962
Film
+>18+!!(~XXX)!!<+ xnxx Drakes leak video opt
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉 https://iyxwfree.my.id/watch-streaming/?video=18-xxx-xnxx-drakes-leak-video...
By Borfeg Borfeg 2025-01-08 08:23:13 0 1K
Sports
johan ghazali tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama
JAGUH Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama...
By Gakeps Official 2024-09-07 11:23:21 0 7K