Balai Polis huru-hara Diserang lebih 200 Ekor Monyet

0
6K

Pihak polis di LopBuri, Thailand, terpaksa berkubu di balai mereka hujung minggu lalu selepas kawanan monyet liar yang terlepas mencetuskan kekacauan di bandar tersebut.

Penduduk LopBuri sudah lama berhadapan dengan masalah populasi monyet agresif yang semakin meningkat. Bagi melindungi diri, pihak berkuasa telah membina kawasan khas untuk menempatkan monyet-monyet ini.

Namun, lebih 200 ekor monyet berjaya melarikan diri dari sangkar mereka di Taman Asuhan Monyet Pho Khao Ton di daerah Muang, sebelum menceroboh Balai Polis Tha Hin.

300 Monyet Lepas Kawalan dan Mengganas

Kejadian berlaku pada petang Sabtu lalu apabila kira-kira 300 ekor monyet yang ditangkap dari kawasan bandar LopBuri meloloskan diri dari sangkar mereka dan berkeliaran di jalan-jalan raya.

Polis mendapati sangkar tersebut gagal menahan kekuatan monyet yang bergayut pada struktur sangkar hingga akhirnya terlepas.

Kawanan monyet ini kemudian mengamuk di seluruh bandar LopBuri, menyerang rumah penduduk dan turut menceroboh balai polis tempatan.

Balai Polis Jadi Sasaran

“Kami perlu memastikan semua pintu dan tingkap ditutup untuk menghalang monyet ini daripada memasuki bangunan mencari makanan,” kata Kapten Polis Somchai Seedee kepada AFP.

Beliau bimbang monyet-monyet tersebut akan merosakkan harta benda termasuk dokumen penting polis.

Dalam usaha menangani situasi tersebut, polis trafik dan anggota bertugas dikerahkan untuk menghalau monyet-monyet tersebut, seperti yang dimaklumkan menerusi laman Facebook Polis LopBuri.

Masih Ada Monyet Berkeliaran

Sehingga hari ini, kira-kira 12 ekor monyet masih berada di atas bumbung Balai Polis Tha Hin, menurut laporan media tempatan.

Di jalanan, anggota polis dan pihak berkuasa tempatan berusaha menangkap monyet-monyet itu dengan memberi umpan makanan supaya mereka dapat dijauhkan dari kawasan penduduk.

Buscar
Categorías
Read More
Bussines News
Gurgaon to Allahabad Cab
Book Gurgaon to Allahabad cab online at best price. CabBazar provides car rental services for all...
By Cab Bazar 2024-12-21 14:41:51 0 3K
Film
Original Video Filtrado Juliana Duque
Juliana Duque se ha convertido recientemente en el tema de un amplio debate en línea tras...
By Lisa Throne 2024-12-09 14:02:42 0 8K
Other
Medical Electrodes Market Size, Trends, Growth Factors, and Forecast 2025-2033
IMARC Group’s latest report, titled “Medical Electrodes Market: Global Industry...
By John Patrik 2025-01-21 12:42:42 0 1K
Other
GCC Air Conditioner Aftermarket Market Size, Share & CAGR by 2028
GCC Air Conditioner Aftermarket Market Overview and Insights: According to MarkNtel...
By Jack Daniel 2025-01-23 09:36:15 0 2K
Other
ATM Market Size, Trends, Growth Factors, and Forecast 2025-2033
According to the latest report by IMARC Group, titled “ATM Market Size, Share, Trends,...
By John Patrik 2025-03-18 10:50:21 0 655