Terkini! Semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak undang Ustaz Don beri ceramah agama

0
4K

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengeluarkan arahan agar penceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid tidak diundang untuk mengajar agama Islam di negeri itu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata, notis arahan itu dikeluarkan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla bagi menangguhkan atau tidak membuat apa-apa tindakan mengundang Ustaz Don lagi.

Ketetapan tersebut dibuat berikutan ceramah agama Islam ustaz itu yang disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Tambah beliau, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga amat menekankan kepada semua pemegang tauliah supaya umat Islam di Selangor dapat diberikan kefahaman Islam yang tepat berdasarkan sumber sahih mengikut disiplin ilmu Islam.

“Sehubungan itu, JAIS perlu menghentikan perkara seumpama ini dengan segera supaya tidak berleluasa di negeri Selangor berkaitan apa jua bentuk pandangan-pandangan dan pernyataan mengenai hukum-hakam agama Islam yang tidak berasaskan nas dan dalil sahih serta di luar pengetahuan umum majoriti umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS semalam memutuskan Ustaz Don Daniyal perlu mengemukakan kenyataan bertulisnya kepada jawatankuasa terhadap beberapa fakta mengenai ceramah agama yang dibuat olehnya.

Ini katanya, selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 supaya penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap beliau.

“Berdasarkan beberapa aduan diterima pihak Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, satu kertas siasatan juga dibuka terhadap Ustaz Don Daniyal mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“JAIS amat berharap semua pihak di Selangor dapat berkerjasama dan akur serta dapat mematuhi arahan untuk tidak mengundang atau membatalkan sesi ceramah atau apa-apa jua bentuk pengajaran agama Islam yang akan dilaksanakan membabitkan Ustaz Don Daniyal sehingga Jawatankuasa Tauliah MAIS membuat keputusan muktamad tentang kedudukan beliau sebagai pemegang tauliah mengajar MAIS,” katanya.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Politik
Isteri pinang sendiri pegawai polis untuk saya - Sanusi
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahan dia sudah berpoligami dan majlis itu...
By Omiyou Network 2024-09-05 02:57:56 0 2K
Crime
Polis Australia terpaksa masuk campur bantu PDRM, Serbu stor dadah di Ampang Jaya
Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia (AFP), t telah...
By Gakeps Official 2024-08-24 11:49:32 0 2K
World News
Kanak-kanak Berumur Tiga Tahun Maut Dikelar Bapa Ketika Tidur
SERANG  --  Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dikelar bapa kandung...
By Omiyou Network 2024-06-18 21:05:06 0 4K
Infomation
Amaran Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin...
By Gakeps Official 2024-09-07 10:18:53 0 2K
Opinion
SESB Kini Perkenalkan Meter Pintar
KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memperkenalkan penggunaan...
By Gakeps Official 2024-09-19 02:45:53 0 1K