Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Diakui Antara Yang Terbaik Di Dunia
Menurut kajian oleh The Global Economy yang bersumberkan data dari World Economic Forum (WEF), kualiti jalan raya Malaysia telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik di Asia.
Dengan skor agregat sebanyak 5.3, Malaysia berada di kedudukan ke-21 daripada 144 negara dan wilayah autonomi di dunia, serta kedudukan ke-9 terbaik di Asia.
Secara global, negara dengan kualiti jalan raya terbaik adalah Singapura dengan skor 6.5, diikuti oleh Belanda dan Switzerland di tempat kedua dan ketiga.
Dalam senarai 10 teratas ini juga termasuk Hong Kong, Jepun, Austria, Portugal, UAE, Korea Selatan, dan Oman. Di Asia Tenggara, hanya Singapura yang mengatasi Malaysia, menjadikan negara kita berada di kedudukan kedua terbaik dalam rantau ini.
Kedudukan Kualiti Jalan Raya di Asia Tenggara:
- Singapura (No.1 dunia)
- Malaysia (No.21 dunia)
- Brunei (No.30 dunia)
- Thailand (No.56 dunia)
- Indonesia (No.59 dunia)
- Laos (No.86 dunia)
- Filipina (No.87 dunia)
- Vietnam (No.104 dunia)
Perlu diingat bahawa Myanmar dan Timor-Leste tidak termasuk dalam kajian ini kerana kekurangan data.
Menurut The Global Economy, penunjuk kualiti jalan raya adalah salah satu komponen dalam Indeks Daya Saing Global tahunan WEF.
Penunjuk ini mewakili penilaian terhadap kualiti jalan raya di sesebuah negara berdasarkan tinjauan WEF Executive Opinion Survey, yang melibatkan pandangan lebih daripada 14,000 pemimpin perniagaan di 144 negara.
Penilaian kualiti jalan raya berdasarkan satu soalan di mana responden diminta menilai jalan raya di negara mereka pada skala dari 1 (kurang maju) hingga 7 (luas dan efisien mengikut piawaian antarabangsa).
Skor negara dihasilkan melalui jawapan individu.
Bagaimanapun, kajian ini perlu diambil dengan berhati-hati kerana data terkini hanya sehingga tahun 2019.
Tiada kajian serupa yang dijalankan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Meskipun begitu, pencapaian Malaysia dalam ranking ini tetap sesuatu yang patut dibanggakan, namun seperti mana-mana perkara lain, sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Permainan
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Lain-Lain
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Pendidikan
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Review
- Vps Forex