SEJARAH PEMBINAAN JAMBATAN TAMPARULI

0
356
Pada zaman British dahulu, pihak kerajaan sepatutnya membuat satu tugu konkrit berhampiran dengan jambatan bersejarah ini. Tugu itu tercatat tahun berapa ia mula di bina, apa nama syarikat yg membina, mengapakah jambatan ini sangat kukuh, apakah unik nya jambatan ini, berapa kali jambatan ini diperbaiki. Sebagai tatapan generasi baru, nama Jambatan Tamparuli terkenal di mana saja. Khazanah sejarah.
 

tamparuli-bridge.jpg

Tamparuli-LOw-Bridge-in-construction-1954-500.jpg

Tamparuli_Sabah_Swinging-_Bridge-and-_Land-_Bridge-.jpg

 

Permulaan Pembinaan

 

Jambatan+Tamparuli+1960.jpg

 

Pada Tahun 1950-an seorang lelaki yang bernama Robinson, selaku pegawai British telah dipertanggungjawabkan untuk membina dan menyiapkan Jambatan Tamparuli. Penduduk sekitar Tamparuli datang ke Pekan Tamparuli untuk membantu dalam kerja-kerja pembinaan oleh pihak British. Namun setiap kali banjir besar (Lumpadang) pastinya jambatan ini roboh semula, dan ini membuatkan pihak atasan Robinson tidak percaya dengan hasil kerja yang telah diberikan kepadanya. Robinson menjadi khuatir dan risau sekiranya dia akan dilucutkan jawatan. Beliau menjadi buntuh setelah jambatan ini roboh berkali - kali. 

Solungkoi

Solungkoi ialah seorang gadis kampung yang sangat cantik (Sumandak) serta perawan. Disebabkan kecantikannya, Robinson telah jatuh hati padanya. Pada waktu yang sama seorang "tanak wagu" (lelaki) yang bernama Intang juga jatuh hati kepada Solungkoi. Sedihnya, cinta Intang hanya bertepuk sebelah tangan kerana Solungkoi lebih memilih Robinson, mungkin disebabkan paras rupa Robinson yang lebih tampan dan mempunyai pangkat berbanding Intang yang hanyalah merupakan salah seorang daripada pekerja Robinson.

 

Tombuakar ( Hantu Air )

Oleh kerana jambatan yang dibina selalu roboh, Robinson mengarahakan Intang untuk mencari penyelesaiannya. Disebabkan pada waktu itu penduduk kampung masih mempercayai Tombuakar, Intang pun pergi berjumpa dengan odu-odu untuk mencari jawaban (wanita tua pakar dalam perubatan dan ilmu ghaib). Odu-odu memberitahu bahawa Tombuakar marah kerana kawasan tempat tinggalnya telah diceroboh dan Tombuakar meminta seorang wanita cantik yang perawan dan harus ditanam hidup-hidup sebagai korban bagi menebus kesalahan menceroboh (sogit) Tombuakar tidak akan lagi menganggu Jambatan Tamparuli yang dibina sekiranya sogit sudah diberi.

 

Pengaruh Intang

Setelah mengetahui permintaan sogit daripada Tombuakar, Intang mengambil peluang ini.Dia berpendapat bahawa sekiranya dia tidak dapat memiliki cinta Solungkoi, tiada sesiapa juga pun yang boleh. Intang meyakinkan odu-odu untuk memutuskan bahawa Solungkoi harus dikorbankan kepada Tombuakar.

 

Antara cinta dan pangkat

Setelah Robinson diberitahu akan hal itu, dia pun bersetuju kerana dia lebih mengutamakan jawatannya. Robinson telah membuat satu keramaian sempena kerja pembaikan Jambatan Tamparuli, tetapi itu cuma lah satu muslihat untuk memabukkan Solungkoi agar mudah untuk menjadikannya korban kepada Tombuakar. Semua orang yang berada di pesta itu telah dihidangkan dengan Tapai (arak tradisional suku kaum Dusun). Setelah Solungkoi dan penduduk kampung mabuk dan tidak sedarkan diri, Solungkoi pun dibawa ke Jambatan Tamparuli. Solungkoi yang tersedar daripada mabuk mendapati dirinya sudah diikat di cerucuk jambatan dan siap diturunkan bertujuan untuk menanamnya hidup - hidup.

 

Permintaan Solungkoi

Di saat Solungkoi mahu diturunkan ke dalam sungai, Solungkoi mula menangis dan meminta untuk dilepaskan, namun tiada siapa yang dapat membantunya kerana semua orang telah mabuk. Solungkoi pasrah dengan nasibnya dan dia sempat membuat satu permintaan daripada Tombuakar agar Jambatan Tamparuli tidak akan kukuh melainkan Robinson juga dikorbankan.

Tidak lama selepas pengorbanan Solungkoi, Jambatan Tamparuli tetap roboh dan rosak apabila berlakunya banjir besar. Hal ini membuat Robinson berfikir akan permintaan terakhir Solungkoi yang mana Robinson juga seharusnya dikorbankan sekiranya mahu jambatan itu teguh dan kukuh. Robinson menyedari bahawa perbuatannya salah dan dia merasa amat menyesal. Dengan itu dia telah mengukir nama Solungkoi di atas sekeping plat besi dan dilekatkan di cerucuk jambatan dimana Solungkoi ditanam sebagai tanda penghormatan. Robinson telah membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar. Setelah nyawa Robinson diambil oleh Tombuakar, Jambatan Tamparuli tidak pernah lagi roboh meskipun sebesar mana banjir yang melanda.

 

 

Penutup

 

Ada yang mengatakan bahawa kisah ini hanyalah mitos semata- mata namun amat menghairankan kerana Jambatan Tamparuli yang dibina pada tahun 1950-an masih kukuh sehingga kini meskipun berkali-kali ditenggelami banjir besar.

Ada beberapa penyelam mengatakan bahawa plat besi yang mempunyai nama Solungkoi yang diukir oleh Robinson sebagai tanda cintanya, masih lagi kelihatan.

Mitos atau bukan, inilah sejarah mengenai Jambatan Tamparuli yang baik untuk diketahui orang ramai.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Film
Full Johnny Manziel and Josie Canseco Leaked Video
Johnny Manziel and Josie Canseco are giving fans a glimpse of their intimate moments! On December...
By Lara Ray 2024-12-11 16:19:11 0 63
Local News
Kini Lebih Ramai Miskin Tegar Di Sabah Miliki Rumah Selesa
SIPITANG: Penambahan jumlah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 40 rumah setiap Dewan...
By Gakeps Official 2024-09-23 12:28:51 0 2K
Politik
Isteri pinang sendiri pegawai polis untuk saya - Sanusi
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahan dia sudah berpoligami dan majlis itu...
By Omiyou Network 2024-09-05 02:57:56 0 3K
Bussines News
Mercedes Benz Malaysia berdepan denda RM1 juta, rupanya ini puncanya
Sebuah syarikat pengedar kereta mewah, Mercedes-Benz, kini menghadapi tindakan undang-undang...
By Iklan viral 2024-09-02 06:02:44 0 3K
Politik
HalaTuju SMJ Nampak Hasil Positif Dan Berada Di Landasan Tepat
KOTA KINABALU: Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini...
By Gakeps Official 2024-10-07 05:41:08 0 2K