YouTuber “Modified” Pasang Enjin Petrol Pada Tesla, Boleh Pergi 2,574 Km Tanpa Perlu Cas

0
4K

Seorang Youtuber mencuri perhatian komuniti kereta di seluruh dunia apabila mengubah suai dan memasang enjin petrol pada kereta elektrik, Tesla Model S miliknya.

Matt Mikka berkata, idea gila berkenaan timbul selepas dia merasa bosan kerana perlu kerap berhenti untuk mengecas bateri apabila dia memandu kenderaan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di saluran Warped Perceptions yang mempunyai jutaan pengikut, Matt turut berkongsi rupa Tesla Model S berkenaan selepas menjalani pengubahsuaian.

Youtuber hadapi masalah sepanjang pemanduan

Antara pengubahsuaian yang dilaksanakan Matt termasuklah menyumbat enjin satu silinder berkapasiti 400cc, menggunakan enjin injap atas dan memasang enjin petrol pada but belakang.

Selain itu, dia turut menambah ekzos yang mirip dengan ekzos pada motosikal.

Untuk menguji pengubahsuaian tersebut, Matt kemudian memandu kenderaan tersebut dan berjaya menempuh perjalanan sejauh 2,574.95 kilometer tanpa menggunakan pengecas.

Sebagai perbandingan, Tesla Model S mampu menempuh perjalanan sejauh 400 batu dengan satu pengecasan penuh. Namun Matt mahu menaikkan jarak berkenaan sehingga 1,600 batu menggunakan enjin petrol.

Bagaimanapun, Matt akhirnya menyedari bahawa pengubahsuaian berkenaan turut menjemput beberapa isu baharu.

Antaranya, kereta berkenaan menggunakan bahan api yang sangat tinggi selain isu minyak tumpah apabila dipandu pada halaju tertentu.

Malah, kereta berkenaan juga bergerak dengan perlahan sehingga dia ditahan polis kerana mengganggu aliran trafik.

Tindakannya membiarkan enjin petrol berjalan pada waktu malam pula untuk mengecas bateri juga mengundang perhatian orang ramai.

Hal ini disebabkan enjin berkenaan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengganggu ruang peribadi mereka yang ingin berehat.

Pada masa yang sama, Matt turut berasa teruja apabila enjin yang diubahsuai itu mampu bertahan dan beroperasi selama tujuh hari berturut-turut tanpa dimatikan.

Selepas menilai apa yang berlaku, Matt kini bercita-cita mahu membina kereta EV yang disumbat dengan enjin petrol yang lebih besar dan lebih baik.

Sumber: Supercarblondie.com

Buscar
Categorías
Read More
Educación
Pernah tak anda terfikir kenapa kerajaan tak nak ‘print’ duit banyak-banyak?
Mungkin kita pernah terfikir, mengapa kerajaan tidak boleh mencetak lebih banyak duit apabila...
By Masai Auto car 2024-11-26 21:56:54 0 704
Crime
Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin Kes Bunuh Pelajar - Kolej Vokasional Lahad Datu
TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan tujuh pelajar Kolej Vokasional Lahad...
By Klik Pakar 2024-06-14 15:26:08 0 6K
Local News
Sprm Sabah Tahan Penguat kuasa sebuah agensi disyaki terima rasuah RM120,000
KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai...
By Gakeps Official 2024-08-11 00:09:22 0 3K
Politik
Parti WARISAN Punca Utama Masalah Air Di Sabah Bertambah Teruk - Hajiji
PITAS: Tindakan Parti Warisan (WARISAN) menamatkan konsesi syarikat yang mengurus operasi loji...
By Gakeps Official 2024-09-23 12:26:30 0 2K
Crime
Polis Penampang Tangkap Lelaki Disyaki Pengedar Dadah Ekstasi
PENAMPANG, SABAH – Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan...
By Gakeps Official 2024-10-07 05:37:59 0 1K