YouTuber “Modified” Pasang Enjin Petrol Pada Tesla, Boleh Pergi 2,574 Km Tanpa Perlu Cas

0
4K

Seorang Youtuber mencuri perhatian komuniti kereta di seluruh dunia apabila mengubah suai dan memasang enjin petrol pada kereta elektrik, Tesla Model S miliknya.

Matt Mikka berkata, idea gila berkenaan timbul selepas dia merasa bosan kerana perlu kerap berhenti untuk mengecas bateri apabila dia memandu kenderaan tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di saluran Warped Perceptions yang mempunyai jutaan pengikut, Matt turut berkongsi rupa Tesla Model S berkenaan selepas menjalani pengubahsuaian.

Youtuber hadapi masalah sepanjang pemanduan

Antara pengubahsuaian yang dilaksanakan Matt termasuklah menyumbat enjin satu silinder berkapasiti 400cc, menggunakan enjin injap atas dan memasang enjin petrol pada but belakang.

Selain itu, dia turut menambah ekzos yang mirip dengan ekzos pada motosikal.

Untuk menguji pengubahsuaian tersebut, Matt kemudian memandu kenderaan tersebut dan berjaya menempuh perjalanan sejauh 2,574.95 kilometer tanpa menggunakan pengecas.

Sebagai perbandingan, Tesla Model S mampu menempuh perjalanan sejauh 400 batu dengan satu pengecasan penuh. Namun Matt mahu menaikkan jarak berkenaan sehingga 1,600 batu menggunakan enjin petrol.

Bagaimanapun, Matt akhirnya menyedari bahawa pengubahsuaian berkenaan turut menjemput beberapa isu baharu.

Antaranya, kereta berkenaan menggunakan bahan api yang sangat tinggi selain isu minyak tumpah apabila dipandu pada halaju tertentu.

Malah, kereta berkenaan juga bergerak dengan perlahan sehingga dia ditahan polis kerana mengganggu aliran trafik.

Tindakannya membiarkan enjin petrol berjalan pada waktu malam pula untuk mengecas bateri juga mengundang perhatian orang ramai.

Hal ini disebabkan enjin berkenaan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat sehingga mengganggu ruang peribadi mereka yang ingin berehat.

Pada masa yang sama, Matt turut berasa teruja apabila enjin yang diubahsuai itu mampu bertahan dan beroperasi selama tujuh hari berturut-turut tanpa dimatikan.

Selepas menilai apa yang berlaku, Matt kini bercita-cita mahu membina kereta EV yang disumbat dengan enjin petrol yang lebih besar dan lebih baik.

Sumber: Supercarblondie.com

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
Crime
Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana Didakwa Cederakan Remaja 15 tahun
JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur...
By Gakeps Official 2024-06-24 17:52:15 0 4K
World News
Polis tahan 'UFO' di lebuh raya
Washington: Pegawai Pejabat Syerif Daerah Crawford, baru-baru ini, menahan sebuah kenderaan yang...
By Gakeps Official 2024-07-04 03:21:03 0 4K
Crime
Anggota polis peras ugut orang awam RM2,000 ditahan
Ipoh: Seorang anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut orang awam untuk menyerahkan...
By Iklan viral 2024-10-01 04:37:40 0 2K
Crime
SPRM bongkarkan kartel projek bekal baja bernilai RM1.8 billion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel...
By Gakeps Official 2024-10-30 13:41:02 0 2K
Entertaiment
Lydia Nditi Leaked Video Scandal: A Deep Dive into the Controversy
Lydia Nditi, a 23-year-old Kenyan model, has recently found herself at the center of a storm...
By Rita Sain 2024-11-23 09:05:06 0 1K