Seluar Dalam Dicuri, Wanita Jumpa Ketua Kampung

0
6K

Video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki sedang mencuri seluar dalam telah tular di media sosial pada Khamis.

Dia yang membawa sebuah gitar dilihat mendekati kawasan jemuran sebelum mencuri seluar dalam milik seorang penduduk wanita.

Mangsa, dikenali sebagai Mujiati, 52, cuba mengejar pelaku, namun gagal.

Mujiati turut membuat laporan kepada ketua kampung berhubung kejadian berkenaan.

Dia kemudiannya memuat naik rakaman CCTV ke media sosial dalam usaha untuk menjejaki identiti pelaku.