cara simpan kentang yang betul, boleh tahan 2 bulan!
Biasanya kentang ni kalau lambat dimasak akan cepat tumbuh tunas dan buruk akhirnya terpaksa buang serta beli yang baru.
Kentang bukan satu bahan yang dimasukkan dalam masakan yang dimasak secara harian dan selalu dibeli dalam kuantiti yang banyak.
Bagi penggemar barangan borong boleh ikuti 7 tip yang dikongsikan portal Hello Doktor berkenaan cara menyimpan kentang dengan betul.
Kentang boleh bertahan selama dua bulan sekiranya disimpan dengan cara yang betul.
Tip simpan kentang
Pastikan kentang betul-betul kering sebelum simpan.
Lap semua air dan pastikan tempat simpanan juga tidak basah.
Simpan kentang di tempat yang gelap, sejuk dan kering untuk elakkannya bertunas.
Selain itu, pastikan juga pengudaraannya baik. Anda boleh simpan di dalam kotak atau bekas pilihan anda.
Elakkan simpan di bawah dapur gas.
Suhu yang panas dan lembap boleh menggalakkan kentang bertunas.
Jangan simpan dalam peti ais.
Persekitaran yang terlalu sejuk akan menyebabkan kanji bertukar menjadi gula. Kentang yang sejuk akan juga bertukar warna menjadi coklat selepas dimasak.
Kandungan gulanya juga lebih tinggi daripada kentang biasa.
Potong bahagian berwarna hijau
Jika ada kawasan kentang yang berwarna hijau, potong bahagian tersebut dan buang. Bahagian lain yang masih kuning selamat untuk dimakan.
Jangan campur dengan epal, pisang dan bawang
Jangan simpan kentang bersama epal, bawang atau buah pisang. Gas yang dihasilkan oleh kedua-dua makanan ini boleh mempercepatkan pertunasan kentang.
Cepat-cepat buang kentang yang buruk
Jika ada kentang yang sudah buruk, asing dan buangkannya secepat mungkin.
Sekiranya anda tidak mempunyai tempat yang gelap, ada cara simpan kentang yang berbeza tapi mudah untuk dipraktikkan.
Anda cuma perlu letak kentang dalam bakul dan tutup dengan kain yang berwarna gelap.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Permainan
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Lain-Lain
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Pendidikan
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Review
- Vps Forex