13 Remaja Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu
TAWAU: Semua 13 pelajar lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.
Kesemua pengakuan pelajar terbabit dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh berusia 16 hingga 19 tahun itu didakwa bersama-sama menyebabkan kematian Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac lalu.
Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 24 Kanun sama yang memperuntukan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Sembilan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Amirul Amin Rashid dan Chen Wen Jye, seorang remaja diwakili peguam Abdul Ghani Zelika, manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes akan berlangsung selama 10 hari iaitu pada 18 hingga 22 November dan 25 hingga 29 November 2024.
Dalam prosiding yang sama, mahkamah dimaklumkan seramai 10 hingga 12 orang saksi pendakwaan akan dipanggil sepanjang perbicaraan berlangsung.
Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat Mohd Nazmie Aizzat di bilik asrama kolej berkenaan dengan kesan kecederaan di beberapa anggota badan, pada 22 Mac lalu.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Permainan
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Lain-Lain
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Pendidikan
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Review
- Vps Forex