62 Buah Rumah Setinggan Dirobohkan

0
10K

KOTA KINABALU: Sebanyak 62 buah rumah setinggan di kawasan daerah ini berjaya dirobohkan oleh pihak berkuasa termasuk polis dalam satu operasi perobohan koloni setinggan di sebuah penempatan.

Polis Daerah Kota Kinabalu dalam satu kenyataan media berkata, operasi ini, dirancang dan dilaksanakan oleh PDRM IPD Kota Kinabalu, melibatkan kerjasama pelbagai agensi.

“Agensi-agensi yang terlibat termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur, serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Dalam operasi ini, sebanyak 62 buah rumah setinggan telah berjaya dirobohkan. Rumah-rumah ini didapati dibina secara haram dan tidak memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

“PEROBOHAN INI BUKAN SAHAJA BERTUJUAN UNTUK MENGHAPUSKAN PENEMPATAN HARAM, TETAPI JUGA UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN DAN KESELESAAN PENDUDUK SEKITAR,” KATANYA DALAM SATU KENYATAAN MEDIA DI SINI, HARI INI.

Tambah kenyataan itu lagi, operasi ini akan diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha untuk membanteras jenayah, Pendatang Tanpa Izin (PTI), dadah, dan gejala sosial di daerah Kota Kinabalu.

“Pihak PDRM IPD Kota Kinabalu komited untuk memastikan daerah ini bebas daripada sebarang kegiatan jenayah dan aktiviti yang tidak sah,” tegasnya.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Lain-Lain
Facials, Waxing & More: What to Expect at a Beauty Salon
Welcome to our friendly guide on facials, waxing, and more. In this blog, you will learn what to...
By Harry Wandusen 2025-02-28 17:29:17 0 1K
Entertaiment
URL Indexing
...
By Fcp68j6y56 Fcp68j6y56 2025-05-06 11:11:53 0 86
Bussines News
Delhi to Dharamshala Cab
Book Delhi to Dharamshala cab online at best price. CabBazar provides car rental services for all...
By Cab Bazar 2025-02-11 12:48:21 0 1K
Shopping
Eating Like a Local: My Favorite Grocery Stores in Richmond
During my recent stay in Richmond, I stumbled upon something a bit unexpected—my love for...
By Puspita Linda 2025-05-01 09:07:03 0 286
Film
Travis Hunter Girlfriend Reddit
Travis Hunter y su prometida Leanna Lenee desactivaron sus cuentas de redes sociales en medio de...
By Nicki Ray 2024-12-24 13:56:32 0 3K