Pegawai Daerah jangan ‘tapuk’ projek pembangunan – Hajiji
TUARAN : Pegawai Daerah diingatkan agar jangan ‘tapuk atau menyembunyikan maklumat berkaitan projek pembangunan disalurkan kerajaan kepada rakyat di kawasan mereka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, wakil rakyat mungkin ada menerima maklumat berkaitan projek pembangunan untuk rakyat melalui peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Parlimen.
Katanya, tetapi berkaitan projek lain disalurkan kerajaan persekutuan kadang kala sebahagian besar kalangan wakil rakyat tidak mengetahuinya.
“Ini kerana saya banyak kali menerima aduan daripada kalangan wakil-wakil rakyat membabitkan pegawai daerah tidak dimaklumkan tentang perkara ini kepada mereka.
“Saya telah memanggil Pegawai Kemajuan Negeri dan memintanya memaklumkan kepada wakil-wakil rakyat berkaitan projek serta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan di kawasan dan daerah mereka,” katanya ketika merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Kali Ke-27, di sini hari ini.
Hajiji berkata, beliau banyak menerima aduan orang ramai berkaitan integriti dalam kalangan pegawai daerah membabitkan pelaksanaan projek kecil untuk rakyat sekali gus dalam usaha kerajaan membasmi isu kemiskinan di negeri ini.
“Jika sesuatu urusan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat, jangan pula ambil masa terlalu lama sehingga satu atau dua bulan untuk selesaikan atau luluskan, kerana ini akan memberi impak negatif kepada kerajaan.
“Saya ingin mengingatkan bahawa saya tidak akan berkompromi, jika dapati ada unsur-unsur melengah-lengahkan pelaksanaan projek pembangunan untuk rakyat yang disengajakan,” jelas Hajiji.
Menurutnya, jika didapati menyusahkan urusan rakyat termasuk mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan, sekiranya mempunyai bukti nyata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.
“Tidak lama lagi kita akan menghadapi pilihan raya dan banyak lagi isu-isu yang perlu kita selesaikan yang bersangkutan dengan rakyat.
“Bukan sahaja DO dan ADO tetapi semua pegawai kerajaan, saya berharap mereka bukan sahaja tingkatkan integriti, ketelusan tetapi kecekapan dalam mentadbir pejabat di peringkat daerah, kementerian dan lain-lain,” tegasnya.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Jeux
- Health
- Domicile
- Literature
- Music
- Networking
- Autre
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Éducation
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Aperçu
- Vps Forex