Pegawai Daerah jangan ‘tapuk’ projek pembangunan – Hajiji

0
3K

TUARAN : Pegawai Daerah diingatkan agar jangan ‘tapuk atau menyembunyikan maklumat berkaitan projek pembangunan disalurkan kerajaan kepada rakyat di kawasan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, wakil rakyat mungkin ada menerima maklumat berkaitan projek pembangunan untuk rakyat melalui peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Parlimen.

Katanya, tetapi berkaitan projek lain disalurkan kerajaan persekutuan kadang kala sebahagian besar kalangan wakil rakyat tidak mengetahuinya.

“Ini kerana saya banyak kali menerima aduan daripada kalangan wakil-wakil rakyat membabitkan pegawai daerah tidak dimaklumkan tentang perkara ini kepada mereka.

“Saya telah memanggil Pegawai Kemajuan Negeri dan memintanya memaklumkan kepada wakil-wakil rakyat berkaitan projek serta peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan di kawasan dan daerah mereka,” katanya ketika merasmikan Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Kali Ke-27, di sini hari ini.

Hajiji berkata, beliau banyak menerima aduan orang ramai berkaitan integriti dalam kalangan pegawai daerah membabitkan pelaksanaan projek kecil untuk rakyat sekali gus dalam usaha kerajaan membasmi isu kemiskinan di negeri ini.

“Jika sesuatu urusan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat, jangan pula ambil masa terlalu lama sehingga satu atau dua bulan untuk selesaikan atau luluskan, kerana ini akan memberi impak negatif kepada kerajaan.

“Saya ingin mengingatkan bahawa saya tidak akan berkompromi, jika dapati ada unsur-unsur melengah-lengahkan pelaksanaan projek pembangunan untuk rakyat yang disengajakan,” jelas Hajiji.

Menurutnya, jika didapati menyusahkan urusan rakyat termasuk mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan, sekiranya mempunyai bukti nyata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Tidak lama lagi kita akan menghadapi pilihan raya dan banyak lagi isu-isu yang perlu kita selesaikan yang bersangkutan dengan rakyat.

“Bukan sahaja DO dan ADO tetapi semua pegawai kerajaan, saya berharap mereka bukan sahaja tingkatkan integriti, ketelusan tetapi kecekapan dalam mentadbir pejabat di peringkat daerah, kementerian dan lain-lain,” tegasnya.

Buscar
Categorías
Read More
Educación
tangan lelaki ini ditebuk angkara digigit kucing (BSH)
Seorang pemilik kucing tidak menyangka gigitan binatang peliharaannya itu sangat merbahaya...
By Gakeps Official 2024-09-01 06:53:31 0 2K
Opinion
viral warga palestin mengamuk tendang rosakan perhiasan di lobi, Di Wisma Transit Kuala Lumpur
Sejak Rabu lepas, satu insiden yang tidak menyenangkan telah tular di platform media sosial...
By Gakeps Official 2024-10-04 06:29:51 0 1K
Local News
31 Ogos kini Diisytihar Hari Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha...
By Gakeps Official 2024-07-06 13:04:23 0 4K
Infomation
Boleh ke telan air mani suami? Ramai buat tapi tak ambil kisah hukum sebenarnya
Air mani adalah sejenis cecair yang dipancutkan dari zakar lelaki ketika mencapai tahap kemuncak...
By Omiyou Network 2024-10-10 04:51:53 0 891
Educación
Gempar Saintis Temui Spesis Baru ‘Jerung Hantu’ Di Dasar Laut
WELLINGTON: Saintis di New Zealand hari ini berkata, mereka menemui spesies baharu 'jerung...
By Gakeps Official 2024-10-01 11:55:15 0 926