sprm tumpaskan Sindiket bawa masuk warga asing guna ‘counter setting’
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar kegiatan sindiket yang membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara dipercayai tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa.
Sindiket dipercayai didalangi beberapa penguat kuasa sebuah agensi yang bertugas di pintu masuk negara dengan membawa masuk warga asing seperti Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan serta Nepal.
Difahamkan, kumpulan itu menjadi tali barut bagi melepaskan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur yang telah ditetapkan menerusi modus operandi ‘counter setting’.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kegiatan sindiket berkenaan dibongkar susulan penahanan 12 individu membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an.
Katanya, penahanan suspek dibuat menerusi Op Pump dijalankan SPRM di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Mereka yang ditahan itu membabitkan empat pemilik syarikat dan tiga orang awam yang dipercayai mempunyai peranan masing-masing bagi menguruskan kemasukan warga asing serta lima penguatkuasa yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
“Tangkapan dilakukan ini adalah susulan risikan dijalankan SPRM sejak tahun 2022 terhadap kegiatan sindiket ini yang bersekongkol dengan pegawai-pegawai sebuah agensi penguat kuasa,” katanya.
Azam berkata, sindiket itu dipercayai telah meraih keuntungan jutaan ringgit dan siasatan dijalankan mengesan terdapat kemasukan wang berjumlah lebih RM4 juta dari tahun 2022 hingga 2024.
Katanya, wang itu dipercayai bagi urusan kemasukan warga asing yang turut diagih-agihkan kepada penguat kuasa terlibat.
Modus operandi kegiatan sindiket itu adalah dengan membuat ‘counter setting’ iaitu bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk negara yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan kumpulan warga asing berkenaan.
Katanya, kumpulan warga asing yang ingin masuk ke negara ini akan menghubungi ejen berkenaan yang bertindak akan menguruskan tiket penerbangan termasuk urusan dengan penguat kuasa terlibat.
“Ejen berkenaan akan memberikan maklumat kumpulan warga asing terbabit kepada penguat kuasa yang sudah menunggu di kaunter tertentu dan pada masa yang sama akan memaklum kepada warga asing terbabit untuk pergi ke kaunter terbabit sebaik tiba di negara ini.
“Ia bagi membolehkan mereka dilepaskan tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya. Sebaik melepasi kaunter khas berkenaan, kumpulan warga asing terbabit akan diambil oleh wakil ejen yang berperanan membawa mereka keluar ke destinasi tertentu,” katanya.
Kumpulan warga asing itu sepatutnya melalui pemeriksaan berdasarkan Pekeliling Imigresen Bilangan 4 Tahun 2021 iaitu mereka hendaklah mengemukakan pasport atau dokumen yang sah, mempunyai visa, mempunyai tiket perjalanan pergi balik yang sah, mempunyai wang sara diri mencukupi sepanjang berada di negara, perlu menunjukkan alamat penginapan atau tempahan hotel.
Tambahnya, namun menerusi kaunter khas ini, mereka telah diberi pelepasan tanpa melalui pemeriksaan sepatutnya.
Beliau berkata, kesemua suspek berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi proses permohonan reman hari ini.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Permainan
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Lain-Lain
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Pendidikan
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Review
- Vps Forex