ESSCOM Tahan 17 PTI dan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM161,000 Di Sandakan

0
2K

SANDAKAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya menahan seramai 17 pendatang tanpa izin (PTI) dan merampas rokok seludup bernilai lebih RM161,000 menerusi operasi bersepadu di sekitar daerah ini.

Operasi yang diadakan bersama pasukan penguatkuasa lain selama dua hari bermula 22 Ogos lepas itu mensasarkan sebanyak 523 rumah di empat kawasan sekitar koloni setinggan haram dan bandar Sandakan.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, tujuan operasi itu adalah untuk mengesan kehadiran PTI yang boleh mengancam keselamatan negara, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat.

Katanya, hasil operasi itu, 17 orang daripada 876 individu yang diperiksa ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Pihak Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga merampas pelbagai rokok tanpa cukai dengan nilai rampasan berjumlah RM161,882.16.

“Selain itu, operasi memotong sambungan bekalan paip air dan elektrik secara haram turut dijalankan sekitar lokasi-lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

 

Menurutnya, kejayaah operasi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan melalui Operasi SANGGAH ESSCOM.

“Ia juga dapat memperkasa operasi-operasi sedia ada bersama penguatkuasa lain selaras dengan hasrat ESSCOM iaitu ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’.

“Operasi ini juga bagi memastikan ancaman pencerobohan anasir asing dapat dikekang serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di pantai timur Sabah,” katanya.

Victor berkata, pihaknya akan terus mempergiat operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan.

“Sehubungan itu, masyarakat diminta supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072,” katanya.

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
World News
“Bukan kaleng-kaleng, Nenek ‘legend’ main snuker berbaju kelawar tular
Seorang wanita di Bekasi, wilayah Jawa Barat menjadi sensasi internet kerana kemahirannya bermain...
By Omiyou Network 2024-10-10 04:46:31 0 952
Local News
wanita Beritahu suami pergi kelas memandu, rupanya berkhalwat dengan lelaki warga bangladesh
Dua wanita tempatan ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan dua lelaki warga Bangladesh oleh...
By Iklan viral 2024-11-15 16:00:36 0 789
Opinion
Helikopter Membawa Petugas Kesihatan mendarat Cemas di Tebing Sungai Kampung Buayan
KOTA KINABALU: Sebuah helikopter B206 yang membawa petugas kesihatan telah melakukan pendaratan...
By Iklan viral 2024-09-25 12:45:24 0 1K
Opinion
Wanita tak mau terima minuman dihantar ‘rider’ OKU bisu dikecam netizen
SEORANG wanita didakwa membuli pekerja penghantaran berstatus orang kurang upaya (OKU) ketika...
By Gakeps Official 2024-08-13 03:47:08 0 3K
EĞİTİM BİLGİLERİ
‘Baby walker’ telah banyak negara dah haramkan ini puncanya
Bagi ibu ayah yang baru nak menyambut anak pertama merepa pasti berasa eksaited untuk menyambut....
By Gakeps Official 2024-08-19 03:12:13 0 3K