Sharp Tutup Kilang Terakhir di Jepun, Rugi RM5.8 Bilion

0
6K

KOTA KINABALU: Kilang panel TV LCD terakhir di Jepun, yang dimiliki oleh gergasi elektronik Sharp Corporation, telah secara rasmi tutup kesemua operasinya pada Rabu, 21 Ogos lalu, lapor MSN.

Penutupan ini menandakan berakhirnya satu era dalam industri teknologi Jepun, di mana Sharp pernah menjadi penanda aras bagi kualiti televisyen LCD melalui jenama Aquos mereka

Memetik laporan Vocket, pada bulan Julai lalu, Sharp mengumumkan bahawa penutupan kilang ini akan dipercepatkan ke akhir Ogos, satu langkah yang mengejutkan ramai pihak.

Kilang tersebut, yang dikendalikan oleh anak syarikat Sharp, Sakai Display Products (SDP), telah beroperasi di Osaka dan terkenal dengan pengeluaran panel LCD berkualiti tinggi untuk set televisyen.

NAMUN, KEPUTUSAN UNTUK MENUTUP KILANG INI ADALAH AKIBAT DARIPADA KERUGIAN KEWANGAN YANG BESAR, DI MANA SHARP DILAPORKAN MENGALAMI KERUGIAN SEBANYAK 188.4 BILION YEN (RM5.8 BILION) DALAM TAHUN FISKAL YANG BERAKHIR PADA MAC 2023, MENURUT LAPORAN DARI NIKKEI ASIA.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi televisyen telah berkembang dengan pantas.

Televisyen kini beralih dari panel LCD ke paparan OLED yang menawarkan kualiti gambar yang lebih tinggi dan lebih cekap tenaga.

SDP yang masih berpegang kepada teknologi LCD, akhirnya tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat dari China dan Korea Selatan yang menghasilkan panel yang lebih kompetitif dari segi harga dan teknologi.

Penutupan kilang di Osaka ini bukan sahaja menutup lembaran sejarah bagi Sharp, tetapi juga menandakan penghujung pengeluaran panel TV LCD di Jepun secara keseluruhan.

Jepun, yang dahulunya menjadi pelopor dalam industri teknologi televisyen, kini harus mengakui pengaruh yang semakin merosot di pasaran global.

Penutupan kilang ini turut mencetuskan rasa nostalgia dalam kalangan netizen yang mengimbau kembali kenangan dengan produk-produk Sharp, khususnya televisyen mereka.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, jenama Sharp pernah menjadi pilihan utama di rumah, dan penutupan kilang ini membawa perasaan kehilangan terhadap satu era teknologi yang banyak memberi makna.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Lain-Lain
How Can A Private Investigator Help You In Personal Matters?
Have you ever been stumped by mysteries in your personal life that simply don't quite add up?...
By Harry Wandusen 2025-03-04 16:46:40 0 435
Film
[XXX*]! xnxx Azizah Arhan Scandal Viral Leak On Twitter iyl
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-08 08:33:25 0 1K
Film
~$+>!!~Viral^%XXX!Video) Pakistani xxx XXX video Xxx qbu
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-08 08:19:45 0 1K
Pendidikan
tangan lelaki ini ditebuk angkara digigit kucing (BSH)
Seorang pemilik kucing tidak menyangka gigitan binatang peliharaannya itu sangat merbahaya...
By Gakeps Official 2024-09-01 06:53:31 0 6K
Lain-Lain
What Is The Cancellation Policy With Sprit Airlines?
What Is The Cancellation Policy With Sprit Airlines? Sprit  Airlines provides a 24-hour...
By Mike Jane 2025-01-30 12:18:45 0 705