Telegram Tidak Selamat? Pengasas Telegram ditahan di Perancis

0
3K

KUALA LUMPUR - Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis pada petang Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

Jutawan Rusia itu dilaporkan tiba di Perancis melalui Lapangan Terbang Le Bourget dari Azerbaijan sebelum ditahan pihak polis.

Penyiar rangkaian televisyen komersial Perancis (TF1) dan rangkaian penyiaran berita televisyen dan radio BFMTV, memetik sumber berkata Durov ditahan di bawah waran berkaitan kesalahan yang melibatkan aplikasi mesej popular berkenaan.

Siasatan awal mungkin dimulakan seawal Ahad, menurut laporan TF1.

Durov, yang juga pengasas platform media sosial Rusia VKontakte, mencipta Telegram bersama saudaranya, Nikolai.

Telegram merupakan antara rangkaian dalam talian terpenting di Rusia dan digunakan oleh pihak berkuasa serta ahli politik untuk berkomunikasi. - Bernama

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
Local News
31 Ogos kini Diisytihar Hari Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha...
By Gakeps Official 2024-07-06 13:04:23 0 4K
World News
Doktor lelaki mengendap doktor wanita mandi digantung tugas
SINGAPURA 19 Jun 2024 – Seorang doktor muda yang cuba merakam rakan sekerja wanitanya mandi...
By Gakeps Official 2024-06-22 23:33:35 0 4K
Crime
Bergaduh Di Pusat Hiburan, Seorang Maut Manakala Rakan Kritikal
KOTA KINABALU: Seorang maut manakala rakannya kritikal dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan...
By Gakeps Network 2024-06-16 12:53:01 0 5K
Opinion
Bapa Terlanjur Dengan Anak, ingin Ceraikan Isteri Kerana Mahu Kahwin Dengan Anak Sendiri
Bapa terlanjur dengan anak, mahu ceraikan isteri kerana mahu kahwin dengan anak sendiri. Seorang...
By Iklan viral 2024-08-28 14:15:04 0 3K
Opinion
Mayat bayi ditanam bawah lantai simen rumah, polis cari bekas penyewa
Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang pernah menyewa sebuah rumah di Ipoh,...
By Gakeps Official 2024-08-29 04:19:42 0 3K