Telegram Tidak Selamat? Pengasas Telegram ditahan di Perancis

0
3KB

KUALA LUMPUR - Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis pada petang Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

Jutawan Rusia itu dilaporkan tiba di Perancis melalui Lapangan Terbang Le Bourget dari Azerbaijan sebelum ditahan pihak polis.

Penyiar rangkaian televisyen komersial Perancis (TF1) dan rangkaian penyiaran berita televisyen dan radio BFMTV, memetik sumber berkata Durov ditahan di bawah waran berkaitan kesalahan yang melibatkan aplikasi mesej popular berkenaan.

Siasatan awal mungkin dimulakan seawal Ahad, menurut laporan TF1.

Durov, yang juga pengasas platform media sosial Rusia VKontakte, mencipta Telegram bersama saudaranya, Nikolai.

Telegram merupakan antara rangkaian dalam talian terpenting di Rusia dan digunakan oleh pihak berkuasa serta ahli politik untuk berkomunikasi. - Bernama

Pesquisar
Categorias
Leia mais
Opinion
Helikopter Membawa Petugas Kesihatan mendarat Cemas di Tebing Sungai Kampung Buayan
KOTA KINABALU: Sebuah helikopter B206 yang membawa petugas kesihatan telah melakukan pendaratan...
Por Iklan viral 2024-09-25 12:45:24 0 1KB
Opinion
Nombor Plat Milik Kereta Langgar Tiang Lampu Di Jalan Openg Terkena 4D hadiah utama Raih Perhatian Netizen
Bertukar Jadi Tuah, Nombor 8655 Terkena 4D Nombor Plat Milik Kereta Langgar Tiang Lampu Di Jalan...
Por Gakeps Official 2024-06-21 05:35:23 0 4KB
Sports
didenda kerana cium isteri
PARIS  – Seorang pelumba basikal Perancis meminta maaf selepas didenda kerana mencium...
Por Gakeps Official 2024-07-07 12:00:30 0 4KB
Local News
62 Buah Rumah Setinggan Dirobohkan
KOTA KINABALU: Sebanyak 62 buah rumah setinggan di kawasan daerah ini berjaya dirobohkan oleh...
Por Gakeps Official 2024-08-15 14:17:49 0 3KB
Local News
Seorang Maut, Kenderaan Jatuh Gaung Di Bukit Kopungit
KOTA KINABALU: Penumpang maut, manakala pemandu pacuan empat roda cedera selepas kenderaan...
Por Iklan viral 2024-09-29 23:06:34 0 1KB