HDK Gesa KKM Siasat, Ambil Tindakan Aduan Kes Doktor kena buli Di Sabah

0
2K

KUALA LUMPUR – Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) untuk bertindak tegas dan tidak sesekali bertolak ansur dengan aduan kes buli membabitkan beberapa doktor di sebuah hospital kerajaan di Sabah.

Menurut HDK, tindakan tegas itu perlu diambil KKM tanpa kompromi sekiranya dakwaan itu dibuktikan benar.

Jurucakap HDK dalam satu kenyataan yang dipetik Berita Harian berkata, sebarang aduan juga perlu dianggap sulit dengan mana-mana pengadu tidak harus dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan.

“KITA KERAP MENDENGAR INSIDEN BULI DI KKM, MALAH PADA 2022 JUGA ADA KES BULI SEHINGGA KEMENTERIAN MEWUJUDKAN PASUKAN PETUGAS UNTUK MENYIASAT DAN MEMPERBAIKI ISU INI…

“Namun ia masih tidak dapat dibendung dan menjadi semakin parah,” katanya.

Sebelum ini, BH telah mendedahkan beberapa doktor menjadi mangsa buli secara verbal dan fizikal di sebuah hospital apabila dihambur kata-kata kesat, lucah serta penghinaan kaum, selain pernah diancam senjata tajam jika tidak mematuhi arahan ketua unit.

Tangkap layar kenyataan BH pada 4 Sept 2024 berkaitan isu doktor dibuli…

Malah, mereka sering dimalukan di hadapan pesakit apabila kemahiran profesional diperlekeh secara terbuka oleh doktor pakar.

Susulan itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa KKM menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi melaksana audit luar terhadap dakwaan buli dan pelaksanaan prosedur tidak normal kepada pesakit, membabitkan seorang ketua unit dalam sebuah hospital kerajaan di Sabah.

Menurut HDK lagi, siasatan dan tindakan tegas terhadap pembuli penting untuk menghentikan mereka daripada terus berasa angkuh dan menganggap diri kebal.

Jurucakap gerakan itu berkata, KKM perlu melaksanakan secara konsisten penyelesaian dan cadangan dihasilkan melalui pasukan petugas sebelum ini, bagi menangani kes buli.

HDK berkata, pasukan petugas itu ditubuhkan KKM pada 2022 bagi menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ditanya sama ada perlu ditubuhkan pasukan petugas baharu bagi menyiasat kes buli di Sabah itu, HDK bagaimanapun berkata tiada keperluan kerana KKM boleh melaksanakan siasatan berdasarkan pasukan sedia ada sebelum ini.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Local News
Guru Buat Laporan Polis Nafi Pelajar Dipukul
KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima laporan daripada seorang...
Por Omiyou Network 2024-06-28 12:16:09 0 4K
Politik
HalaTuju SMJ Nampak Hasil Positif Dan Berada Di Landasan Tepat
KOTA KINABALU: Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini...
Por Gakeps Official 2024-10-07 05:41:08 0 768
Local News
Polis buru lelaki dan wanita cuba ancam nyawa anggota polis
Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu...
Por Gakeps Official 2024-11-07 06:27:13 0 1K
Opinion
MHO Gesa Mangsa Penipuan Pusat Penyembuhan Jantung KK Times Square Tampil
KOTA KINABALU, SABAH – Mangsa-mangsa penipuan sebuah pusat “penyembuhan...
Por Gakeps Official 2024-08-16 03:52:00 0 2K
Crime
Pilih jalan pintas untuk cepat kaya, rakyat Melaka ditipu scammer sebanyak RM200,000 sehari
Pilih jalan pintas untuk cepat kaya, rakyat Melaka ditipu scammer RM200,000 sehari. Jabatan...
Por Omiyou Network 2024-10-24 13:20:54 0 2K