Pengasas kedai 99 Speedmart Masuk Senarai Bilionair Malaysia

0
2Кб

KOTA KINABALU, SABAH – Pengasas rangkaian kedai serbaneka terkenal 99 Speedmart, Lee Thiam Wah menyertai senarai bilionair terkaya Malaysia pada Isnin.

Ianya berlaku apabila 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 9 September ini.

LEE DILAHIRKAN DALAM KELUARGA BESAR DENGAN 10 ADIK-BERADIK, BAPANYA SEORANG BURUH BINAAN, SEMENTARA IBUNYA BEKERJA SEBAGAI PENJAJA.

Kehidupan serba kekurangan memaksa keluarganya menghentikan pendidikannya selepas sekolah rendah.

Namun, Lee memilih untuk tidak mengalah dengan memulakan perjalanannya dalam dunia perniagaan sebagai remaja dengan menjual snek di tepi jalan.

Pada usia 23 tahun, Lee berjaya menyimpan wang yang cukup untuk membuka kedai runcit pertamanya, Pasar Raya Hiap Hoe di Klang pada tahun 1987.

Kedai kecil ini memberi beliau peluang untuk memahami selok-belok perniagaan runcit.

Pada 1992, beliau membuka mini-mart pertamanya, Pasar Mini 99, di Klang Utama, Selangor.

Perniagaan Lee mula berkembang pesat antara tahun 2000 hingga 2003 melalui strategi yang lebih agresif.

Hari ini, 99 Speedmart mempunyai lebih 2,650 cawangan di seluruh negara dengan sasaran penambahan 250 cawangan baharu setiap tahun.

Menurut Lee, pemilihan angka 99 bukanlah secara kebetulan.

“KAMI MEMILIH NOMBOR 99 KERANA IA MELAMBANGKAN KETIDAKSEMPURNAAN DUNIA INI…

“Walaupun kami tidak sempurna, kami tetap berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu temubual.

Lee yang juga berkerusi roda sejak kecil akibat polio tidak menghalang beliau untuk memiliki kekayaan dianggarkan AS$2.8 bilion (RM12.1 bilion), menurut Forbes.

Dengan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.65 sesaham dan modal saham diterbitkan berjumlah 8.4 bilion, 99 Speedmart bakal mencapai nilai pasaran sebanyak RM13.86 bilion.

Angka ini dijangka meningkat selepas penyenaraian, selaras dengan jangkaan ramai bahawa harga saham akan naik di atas paras IPO.

Поиск
Категории
Больше
Infomation
Polypropylene Foam Market Segmentation: Key Product Types and End-Use Industries
Polypropylene Foam Market Growth Analysis, Impressive Trending Strategies, Key Players and...
От Manoj Marathe 2024-10-14 05:43:44 0 634
Local News
Tiada Lagi Permohonan Tambahan Masa Untuk Projek Pan Borneo Sabah - KKR
KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap tiada lagi permohonan tambahan...
От Gakeps Official 2024-10-07 05:48:38 0 815
Crime
Lelaki warga asing mengamuk memiliki Pisau Lipat ditahan polis
TAWAU : Polis menemui sebilah pisau lipat pada seluar seorang lelaki warga asing selepas didapati...
От Omiyou Network 2024-06-18 21:00:32 0 4Кб
Infomation
Najis burung merpati, bila kering makin bahaya
SHAH ALAM: Longgokan najis burung merpati dalam keadaan kering dan terbiar bagi tempoh lama...
От Gakeps Official 2024-10-23 09:02:40 0 961
Bussines News
Cara Mudah Menjana Wang dengan Menulis Blog di Gakeps
Berikut adalah panduan mudah untuk membuat blog di Gakeps: Langkah Pertama: Masuk ke halaman...
От Gakeps Official 2024-09-10 06:31:36 0 2Кб