Pengasas kedai 99 Speedmart Masuk Senarai Bilionair Malaysia

0
2K

KOTA KINABALU, SABAH – Pengasas rangkaian kedai serbaneka terkenal 99 Speedmart, Lee Thiam Wah menyertai senarai bilionair terkaya Malaysia pada Isnin.

Ianya berlaku apabila 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 9 September ini.

LEE DILAHIRKAN DALAM KELUARGA BESAR DENGAN 10 ADIK-BERADIK, BAPANYA SEORANG BURUH BINAAN, SEMENTARA IBUNYA BEKERJA SEBAGAI PENJAJA.

Kehidupan serba kekurangan memaksa keluarganya menghentikan pendidikannya selepas sekolah rendah.

Namun, Lee memilih untuk tidak mengalah dengan memulakan perjalanannya dalam dunia perniagaan sebagai remaja dengan menjual snek di tepi jalan.

Pada usia 23 tahun, Lee berjaya menyimpan wang yang cukup untuk membuka kedai runcit pertamanya, Pasar Raya Hiap Hoe di Klang pada tahun 1987.

Kedai kecil ini memberi beliau peluang untuk memahami selok-belok perniagaan runcit.

Pada 1992, beliau membuka mini-mart pertamanya, Pasar Mini 99, di Klang Utama, Selangor.

Perniagaan Lee mula berkembang pesat antara tahun 2000 hingga 2003 melalui strategi yang lebih agresif.

Hari ini, 99 Speedmart mempunyai lebih 2,650 cawangan di seluruh negara dengan sasaran penambahan 250 cawangan baharu setiap tahun.

Menurut Lee, pemilihan angka 99 bukanlah secara kebetulan.

“KAMI MEMILIH NOMBOR 99 KERANA IA MELAMBANGKAN KETIDAKSEMPURNAAN DUNIA INI…

“Walaupun kami tidak sempurna, kami tetap berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu temubual.

Lee yang juga berkerusi roda sejak kecil akibat polio tidak menghalang beliau untuk memiliki kekayaan dianggarkan AS$2.8 bilion (RM12.1 bilion), menurut Forbes.

Dengan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.65 sesaham dan modal saham diterbitkan berjumlah 8.4 bilion, 99 Speedmart bakal mencapai nilai pasaran sebanyak RM13.86 bilion.

Angka ini dijangka meningkat selepas penyenaraian, selaras dengan jangkaan ramai bahawa harga saham akan naik di atas paras IPO.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
World News
Cubaan Rancang serang Pope Francis ketika lawatan ke Asia-Pasifik, 7 warga indonesia ditahan
JAKARTA: Tujuh individu yang terbabit dalam rancangan untuk menyerang Pope Francis...
By Iklan viral 2024-09-19 14:38:49 0 1K
Local News
DBKK Tingkatkan Pemeriksaan Dan Pemantauan Premis Makanan
KOTA KINABALU: Sejumlah 245 kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Makanan dan Premis Makanan)...
By sabah post 2024-07-10 21:02:21 0 3K
Crime
Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana Didakwa Cederakan Remaja 15 tahun
JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur...
By Gakeps Official 2024-06-24 17:52:15 0 4K
Crime
‘Cabuli’ penumpang wanita, pemandu kedua bas ekspres mengaku tidak bersalah
Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...
By Gakeps Official 2024-08-29 04:16:01 0 2K
Crime
Dua suspek warga asing berkenaan kes gaduh masih diburu polis
KOTA KINABALU : Polis sedang mengesan dua suspek warga asing selepas dipercayai terlibat dalam...
By Gakeps Official 2024-07-01 11:55:53 0 4K