Kini Lebih Ramai Miskin Tegar Di Sabah Miliki Rumah Selesa
SIPITANG: Penambahan jumlah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 40 rumah setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun depan membolehkan lebih ramai golongan miskin tegar memiliki kediaman selesa.
Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Dr Yusof Yacob menyambut baik penambahan jumlah rumah SMJ yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.
Katanya, usaha kerajaan itu sangat bertepatan memandangkan masih ada senarai dalam kalangan miskin tegar yang memerlukan rumah atau tinggal di rumah yang sangat daif perlu dibantu.
“Saya berharap dengan pergerakan ini kita akan cepat membantu yang miskin tegar.
“Selain itu, usaha ini juga dapat membantu supaya mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera dan harmoni dalam keluarga mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Mesyuarat Tahunan Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin oleh Ketua Menteri di sini baru-baru ini.
Yusof yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin berkata, Ketua Menteri mahu lebih ramai golongan miskin tegar tiada rumah yang perlu dibela dengan membina 3,000 rumah SMJ pada tahun depan.
Menurutnya, penambahan jumlah rumah SMJ itu juga menunjukkan keprihatinan Hajiji membela golongan miskin tegar untuk tinggal di kediaman yang selesa.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Παιχνίδια
- Health
- Κεντρική Σελίδα
- Literature
- Music
- Networking
- άλλο
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Εκπαίδευση
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Προεπισκόπηση
- Vps Forex