Kini Lebih Ramai Miskin Tegar Di Sabah Miliki Rumah Selesa

0
1K

SIPITANG: Penambahan jumlah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada 40 rumah setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun depan membolehkan lebih ramai golongan miskin tegar memiliki kediaman selesa.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Dr Yusof Yacob menyambut baik penambahan jumlah rumah SMJ yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Katanya, usaha kerajaan itu sangat bertepatan memandangkan masih ada senarai dalam kalangan miskin tegar yang memerlukan rumah atau tinggal di rumah yang sangat daif perlu dibantu.

“Saya berharap dengan pergerakan ini kita akan cepat membantu yang miskin tegar.

“Selain itu, usaha ini juga dapat membantu supaya mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera dan harmoni dalam keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian  Mesyuarat Tahunan Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin oleh Ketua Menteri di sini baru-baru ini.

Yusof yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin berkata, Ketua Menteri mahu lebih ramai golongan miskin tegar tiada rumah yang perlu dibela dengan membina 3,000 rumah SMJ pada tahun depan.

Menurutnya, penambahan jumlah rumah SMJ itu juga menunjukkan keprihatinan Hajiji membela golongan miskin tegar untuk tinggal di kediaman yang selesa.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Infomation
Pegawai Daerah jangan ‘tapuk’ projek pembangunan – Hajiji
TUARAN : Pegawai Daerah diingatkan agar jangan ‘tapuk atau menyembunyikan maklumat...
Por Gakeps Official 2024-08-15 14:22:08 0 3K
Local News
ESSCOM Tahan 17 PTI dan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM161,000 Di Sandakan
SANDAKAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya menahan seramai...
Por Gakeps Official 2024-08-24 22:16:37 0 2K
Entertaiment
Saya pakai macam ini pun orang akan kritik - anna jobling
PUTRAJAYA – Bakal beraksi dalam filem Duyung: Legenda Aurora, pelakon Anna Jobling...
Por Gakeps Official 2024-09-04 11:26:15 0 2K
Crime
Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah
TAWAU: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar dadah ditahan bersama 26 paket syabu di sebuah...
Por Iklan viral 2024-10-10 15:00:34 0 932
Bussines News
Sharp Tutup Kilang Terakhir di Jepun, Rugi RM5.8 Bilion
KOTA KINABALU: Kilang panel TV LCD terakhir di Jepun, yang dimiliki oleh gergasi elektronik Sharp...
Por Gakeps Official 2024-08-24 22:29:00 0 3K